4 Perkara Anda Boleh Lakukan Waktu Pagi Untuk Ceriakan Hari Anda

Tidak lama selepas anda membuka mata pada waktu pagi, minda anda akan mula ligat untuk berfikir – bagaimanakah keadaan trafik pada hari ini?

Perkara begini boleh menaikkan tahap kortisol iaitu hormon disebalik tekanan dan jika anda memulakan pagi anda dengan memikirkan perkara negatif – anda boleh kekal begitu untuk begitu lama.

Oleh itu gunakan sebaik-baiknya masa yang tinggal sebelum anda bersiap untuk ke pejabat. Ikuti petua di bawah.

make-bed

1. Kemas Katil Anda

Mengemaskan katil anda boleh memberikan perasaan yang benar-benar ceria kepada anda – salah satu dari tugas kecil anda yang pertama pada hari tersebut.

Mampu melakukannya akan memberikan anda rasa puas hati kerana telah menyelesaikan sesuatu perkara dan meningkatkan mood anda.

shower

2. Bangunkan Diri Anda Dengan Bauan

Mandian pada waktu pagi yang dingin boleh membantu untuk membangunkan anda – namun bauan yang anda gunakan mengandungi kesan kepada anda pada kemudian nanti.

Kajian menapati bauan lavender boleh membantu anda untuk bertenang, pudina untuk menjana minda dan sitrus pula mengurangkan tekanan.

texting-in-bed

3. Berterima Kasih Kepada Seseorang

Tunjukkan rasa berterima kasih anda sebaik sebelum anda turun dari katil – tinggalkan mesej terima kasih kepada rakan anda di FB mereka sudah cukup memadai.

Perkara ini boleh membantu memperbaiki mood anda kerana anda berasa ada ramai orang yang penting di dalam hidup anda.

singing-shower

4. Mainkan Muzik Rancak

Anda boleh menggalakkan mood anda hanya dengan mendengarkan muzik yang rancak pada pagi hari, menurut kajian yang dijalankan.

Muzik rancak dikatakan boleh membantu memperbaiki mood anda dengan lebih berkesan berbanding kopi yang anda minum.