Fakta Mengenai Gula (Bahagian 2)

Artikel ini merupakan sambungan daripada : Fakta Mengenai Gula (Bahagian 1)

Advertisement

 

Apakah kesan penjimatan gula kepada kesihatan?

Pengurangan penggunaan gula menjimatkan perbelanjaan dan boleh meningkatkan taraf kesihatan.

Kesan kepada kesihatan individu:

  • 1 sudu teh gula membekalkan 20 kilokalori. Sekiranya seseorang itu mengambil makanan dan minuman yang ditambah dengan 7 sudu teh gula sehari, jumlah pengambilan tenaga tambahan daripada gula adalah 140 kilokalori. Jika tidak digunakan, 140 kilokalori tenaga ini akan ditukarkan kepada 20 gram lemak.
  • Jika pengambilan gula ini berterusan setiap hari dan tenaga yang dihasil tidak digunakan untuk tempoh sebulan, akan terkumpul 600 gram lemak. Jika pengumpulan lemak ini berterusan selama 1 tahun, akan terkumpul 7.2 kilogram lemak berlebihan dalam badan!. Ini belum ditambah dengan pengumpulan lemak daripada makanan yang berminyak, bersantan dan berlemak yang diambil setiap hari.
  • Untuk membakar 140 kilokalori yang diperolehi daripada 7 sudu teh gula tambahan, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama 20 minit, senamrobik selama 30 minit, berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah, membasuh, memasak dan mengemas selama 1 jam.
  • Sekiranya seseorang itu mengurangkan pengambilan gula tambahan kepada 3 sudu teh gula sehari (iaitu 1 sudu teh gula bagi setiap cawan minuman dan diambil 3 kali sehari), beliau telah dapat mengelakkan penambahan tenaga sebanyak 80 kilokalori sehari, 560 kilokalori seminggu atau 2240 kilokalori sebulan. Oleh itu, beliau dapat mengelakkan penambahan lemak sebanyak 300 gram sebulan, atau 600 gram dalam tempoh dua bulan atau 3.6 kilogram dalam tempoh setahun.

sugarfact11

Kesan ekonomi kepada pengendali makanan

  • Berat 1 sudu teh gula adalah 5 gram. Oleh itu, 1 kilogram gula adalah bersamaan dengan 200 sudu teh gula.
  • Harga satu kilogram gula adalah RM1.65. Oleh itu, harga bagi 1 sudu teh gula adalah 0.8 sen atau 1 sen.
  • Sekiranya seorang pengendali makanan yang biasa menyediakan minuman menggunakan gula tambahan sebanyak 4 sudu teh bagi setiap cawan mengurangkannya kepada 1 sudu teh, beliau dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak 3 sen bagi setiap cawan minuman yang disediakan.
  • Sekiranya beliau menyediakan minuman bergula kepada 500 orang pelanggan satu hari, beliau boleh menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM15 (3 sen x 500 cawan) sehari, atau RM450 (RM15 x 30 hari) sebulan, dan RM5,400 (RM450 x 12 bulan) setahun!

sugar-cycle-2

Apakah usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi mendidik rakyat mengurangkan pengambilan gula?

  • Kementerian Kesihatan telah menjalankan beberapa inisiatif bagi mendidik rakyat supaya mengurangkan pengambilan gula. Ini termasuk melalui Kempen Cara Hidup Sihat, bermula pada tahun 1991. Kempen ini diterus dan diperkukuhkan sehingga kini melalui pelaksanaan Promosi Makan Secara Sihat (Healthy Eating Promotion).
  • Pada tahun 1998, Kempen Kurangkan Gula telah dijalankan secara intensif. Semasa kempen ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan. Ini termasuk kempen yang disasarkan kepada gerai makanan dengan menggunakan slogan “1 Mencukupi, Kurang Lebih Baik”; rundingan dengan hotel, restoran, kantin, kedai kopi, pemegang francais dan katerer; serta penyebaran mesej kurangkan gula melalui risalah, poster dan iklan televisyen.
  • Selain daripada itu perundingan dengan industri makanan turut dijalankan. Melalui perundingan ini, industri makanan telah bersetuju untuk mengurangkan kandungan gula dalam produk makanan dan minuman yang mereka keluarkan. Hasilnya, pada hari ini didapati semakin banyak produk yang kurang kandungan gula di pasaran. Usaha ini sedang diteruskan bagi memastikan peningkatan produk sebegini di pasaran.

 

 

img-sugar-facts-392

  • Seiring dengan usaha ini, pelabelan makanan “rendah gula” (low sugar) dan “bebas gula” (sugar free) telah dibenarkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985. Mengikut Peraturan-peraturan ini, makanan “rendah gula” adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 5 gram per 100 gram atau 2.5 gram per 100 ml. Makanan “bebas gula” pula adalah makanan yang mengandungi gula tidak melebihi 0.5 gram per 100 gram atau 100 ml. Peraturan-peraturan Makanan 1985 juga mewajibkan pelabelan kandungan gula dalam minuman sedia diminum.
  • Pada tahun 2007, kempen media yang menumpukan kepada promosi makan secara sihat yang dikenali sebagai “5M” telah dijalankan. “Mengurangkan Gula” merupakan salah satu mesej yang disampaikan dalam kempen ini.
  • Usaha lain yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan termasuk menjalankan aktiviti pendidikan melalui media masa dan melalui beberapa setting seperti Pusat Maklumat Pemakanan dan Dapur Sihat Masyarakat yang terdapat di hampir semua negeri. Usaha juga dilakukan bagi mendidik kanak-kanak sekolah melalui program dan aktiviti yang dijalankan bersama Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
  • Mesej bagi mengurangkan pengambilan gula juga merupakan salah satu komponen utama di dalam Panduan Diet Malaysia.
  • Perkhidmatan runding cara pemakanan juga disediakan di klinik-klinik kesihatan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran masyarakat tentang amalan makan secara sihat, termasuk mengurangkan pengambilan gula. Perkhidmatan terus kepada rakyat ini diberikan oleh Pegawai Zat Makanan. Sehingga Mac 2010, 51 jawatan Pegawai Zat telah diwujudkan di klinik-klinik kesihatan untuk tujuan ini. Perkhidmatan ini akan diperkukuhkan dengan menempatkan Pegawai Zat Makanan di semua klinik kesihatan.

asd

Apakah tujuan kempen kurangkan gula 2010?

  • Kempen Kurangkan Gula 2010 merupakan usaha berterusan kerajaan untuk mendidik rakyat tentang kesan pengambilan gula yang berlebihan. Dalam masa yang sama, kempen ini bertujuan menggalakkan pengendali makanan dan industri makanan menyediakan makanan dan minuman yang rendah kandungan gula kepada pengguna. Ini penting bagi menyediakan persekitaran yang menggalakkan rakyat mempraktikkan amalan makan secara sihat.
  • Tujuan jangka panjang kempen ini adalah untuk melahirkan rakyat yang sihat dan sejahtera, supaya dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara.

 

 

asd

Kandungan gula dalam beberapa contoh kuih tempatan

Jenis
Berat (g) bagi setiap satu
Kandungan gula (g) bagi setiap satu
Bilangan sudu teh gula
(1 sudu teh = 5g)
Kuih koci
40-50
10-13
Kuih keria
55-65
10-13
Seri muka
110-120
10-13
Donat
45-55
7-10
Kuih lapis
120-140
5-7
Lepat pisang
65-75
10-13
Puding jagung
70-80
7-10
Bingka ubi kayu
70-90
18-25

Sumber : Panduan Diet Malaysia, 2010

asd

Kandungan gula dalam beberapa contoh minuman berbungkus

Jenis
Isipadu per kotak/ tin/ botol (ml)
Kandungan gula (g) per kotak/ tin/ botol
Bilangan sudu teh gula
(1 sudu teh = 5g)
Minuman isotonik 240 16
Minuman berkarbonat 240 25 5
Minuman soya 300 28
Minuman teh 240 28
Minuman blackcurrant 300 35 7
Minuman laici 300 33
Minuman teh bunga 300 21
Minuman cincau 300 27
Minuman tenaga 330 59 11¾

Sumber : Panel Maklumat Pemakanan pada label minuman berkaitan (Tinjauan Pasaran, Januari 2010)

 

 

11-shocking-facts-about-sugar-that-you-didnt-know

Pengedaran Gula Domestik dan Industri (Metrik Tan)
bagi Tahun 2004 hingga 2009

Tahun
Pengedaran Gula (Metrik Tan)
Domestik
Industri
2004
651,973.12
306,895.34
2005
701,172.96
326,333.16
2006
735,114.06
358,310.44
2007
753,219.61
386,225.04
2008
787,700.03
397,745.12
2009
806,381.88
474,801.16

Sumber: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, 2010

 

 

interesting-facts-about-sugar-top-5-facts-622x274

7 Langkah bijak mengurangkan gula

  • Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.
  • Hadkan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  • Elak menambah gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  • Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  • Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti kuih, kek dan bubur.
  • Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.
  • Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”.

Rujukan

  • Panduan Diet Malaysia 1999. Jawatankuasa Penyelaras Makanan dan Pemakanan Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Recommended Nutrient Intake, 2005. National Coordinating Committee on Food and Nutrition, Ministry of Health Malaysia.
  • Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005.
  • National Healthy Morbidity Survey III, 2006. Ministry of Health Malaysia.
  • Malaysian Adult Nutrition Survey, 2002/2003. Ministry of Health Malaysia.
  • Food Balance Sheet, FAO 2008.
  • Panduan Diet Malaysia, 2010. Kumpulan Kerja Teknikal Panduan Diet Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia.

Advertisement