Perkara Yang Anda Harus Tahu Apabila Bercinta Dengan Janda

Ia bukanlah lagi rahsia bahawa penceraian sering berlaku. Anda mempunyai kemungkinan untuk bercinta dengan seseorang yang baru sahaja bercerai.

Jika ya maka sebarang isu boleh timbul pada kemudian hari nanti – kepada mereka yang tidak mempunyai anak, penceraian hanya seperti putus tunang cuma memerlukan banyak dokumen untuk ditandatangani.

Namun jika janda yang anda cintai itu mempunyai anak, anda harus memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.

Oleh sebab itu anda harus bertanyakan kepada diri anda perkara berikut sebelum menjadi serius:

wedding

1. Adakah Anda Selesa Bercerita Tentang Penceraian Anda?

Wanita yang sering mengelakkan soalan di atas adalah mereka yang telah mencurahkan sepenuh emosi terhadap perkahwinan sebelumnya.

Ini menunjukkan si dia mempunyai hubungan yang tidak sihat dengan bekas suami yang mungkin tidak sesuai untuk anda juga.

how-to-get-a-432-tax-break-through-your-marriage-allowance-136405074759203901-160408132115

2. Adakah Anda Mahu Berkahwin Lagi?

Anda mungkin menganggap bahawa si dia tidak kisah dengan soal perkahwinan dan ingin mengulangi semula kerana pernah berkahwin namun itu bukanlah kesnya.

Anda harus tahu jika si dia selesa utuk berkahwin kerana kemungkinan bahawa si dia tidak mahu mengalami proses perkahwinan itu semula.

millennial-marriage

3. Mampukah Anda Menghabiskan Masa Dengan Orang Lain?

Walaupun anda berdua belum lagi merancang atau berminat untuk melangkah ke alam perkahwinan – anda harus tahu adakah si dia mahu menghabiskan masa dengan anda.

Jika pasangan anda sudah tidak percaya lagi kepada cinta, komitment dan perhubungan bersama – maka anda di dalam masalah besar.

391628-marriage-divine

4. Adakah Anda Yang Inginkan Penceraian?

Kebanyakan penceraian aalah bermula dengan wanita oleh itu anda harus tahu adakah si dia masih lagi berpegang pada kehidupan lamanya.

Selalunya si dia tidak inginkannya namun terpaksa maju ke hadapan kerana sikap suami mereka sendiri – ia boleh memberikan jawapan tentang masa depan anda berdua.