Solusi Jika Kehidupan Seks Anda Sudah Semakin Mudah Untuk Diramal


- 18 Oct 16
View 1,544 : Today 1

Setelah masa berlalu dalam sesebuah perhubungan terutamanya kepada mereka yang berkahwin – segalanya tidak dapat dielakkan dari bertukar menjadi rutin.

Advertisement

Seks yang membosankan akan muncul apabila berada di dalam hubungan jangka panjang kerana kebiasaan kita untuk melakukan apa yang berkesan.

Namun begitu anda masih boleh mendapatkan semula tenaga seksual yang pernah anda kongsikan bersama pasangan.

moves-she-wants-you-to-make-main

Masalah 1 – Kerap Melakukan Seks Dalam Sudut Missionary

Tidak dinafikan sudut ini sangat mudah untuk dilakukan – kerana itu ia kerap digunakan terutamanya jika nyala asmara itu kian mulai malap.

Bawa posisi missionary itu ke suatu tahap yang baru dan ubah keadaan – ubahsuai posisi tersebut untuk memberikan sensasi kelainan pada si dia.

favim-com-couple-kiss-kissing-love-152230

Masalah 2 – Tidak Melakukan Oral Seks

Kemalasan mungkin salah satu dari sebabnya – ketiadaan seks oral pula mungkin boleh menandakan masalah lain – anda ingin terus ke kemuncak seksual

Jadikan satu atau dua malam yang istimewa dalam seminggu untuk anda fokus pada seks oral bersama pasangan anda.

4-foreplay-ideas-to-take-sex-to-the-next-level

Masalah 3 – Berhubungan Seks Dengan Lampu Padam

Tiada siapa yang menyukai melakukan hubungan seks ketika lampu sedang terang bernyala – dalam gelap pula ia membataskan pertentangan mata dan berhubung.

Pasang lilin untuk mendapatkan mood yang lebh romantis bersama pasangan anda – ia juga membantu anda untuk berimaginasi mengenai pasangan anda.

playful-engagement-photos-by-minnesota-wedding-photographer-beau-petersen-11

Masalah 4 – Jarang Berbincang Mengenai Seks

Anda mungkin telah berhubungan seks bertahun lamanya – namun bilakah kali terakhir anda benar-benar berbincang mengenainya dengan pasangan.

Anda boleh menjadikan perbincangan seks itu sesuatu yang menarik dengan berselang seli aktiviti seperti permainan agar ia tidak terlalu serius.

couple-kiss-love-poland-sun-sunrise-favim-com-580446

Masalah 5 – Anda Berhenti Dari Berciuman

Bercium merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk menghidupkan kerapatan pasangan. Berciuman kadangkala lebih intim daripada hubungan seksual.

Jadikan rutin harian anda memberikan si dia kucupan setiap kali anda pergi dan pulang dari pejabat – kadangkala anda boleh mengejutkan si dia dengan ciuman berahi.

Advertisement