Tidur Yang Mencukupi Meningkatkan Produktiviti Kerja

TIDUR lebih satu jam daripada tempoh normal setiap hari tingkat produktiviti kerja sebanyak 50 peratus.

UMUM sering disogok dengan kenyataan bahawa kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan gangguan fokus dalam aktiviti harian dan kemampuan kognitif seseorang.

Disebabkan kajian terperinci mengenai perkara tersebut masih belum dibuktikan, ramai yang mengambil mudah mengenai jumlah waktu tidur harian mereka.

Bagaimanapun, sekitar pertengahan tahun lalu, dua orang penyelidik dari Universiti San Diego, Amerika Syarikat, Matius Gibson dan Jeffrey Shrader berjaya menemui kaitan antara waktu tidur dengan kualiti kerja seseorang.

Menerusi kajian yang dilakukan, kedua-dua penyelidik membandingkan jumlah waktu tidur antara sekumpulan individu yang tidur kurang lapan jam sehari dan sekumpulan lain yang tidur lebih satu jam daripada waktu normal pada setiap hari.

Hasil daripada kajian tersebut mendapati, individu yang tidur lebih satu jam setiap hari berupaya meningkatkan produktiviti harian mereka sebanyak 50 peratus berbanding responden yang kekurangan waktu tidur.

Sumber