Tanda & Gejala : Perubahan Tabiat Usus


- 20 Oct 16
View 479 : Today 1

Usus merupakan bahagian bawah sistem penghadaman kita. Ia bermula dari perut hingga dubur. Usus adalah tiub berongga. Usus dibahagikan kepada usus kecil, usus besar dan rektum.

Advertisement

Usus kecil adalah di mana makanan dihadam dan diserap ke dalam badan manakala usus besar menyerap air dan membentuk najis.Apabila najis memasuki rektum, badan akan memberi isyarat untuk membuang air besar.

perubahan_tabiat_usus

Apakah tabiat usus yang normal?

Tabiat usus yang normal adalah berbeza untuk setiap orang bergantung kepada beberapa faktor seperti umur dan pemakanan. Tabiat membuang air besar adalah normal jika anda:

  • Membuang air besar secara berkala dan tetap (walaupun tidak setiap hari)
  • Tidak mempunyai gejala sembelit atau cirit-birit
  • Membuang air besar tanpa perlu menggunakan ubat seperti julap

 

struktur-usus-manusia

Punca tabiat usus berubah

Tabiat usus seseorang individu boleh berubah disebabkan oleh perubahan tertentu dalam corak gaya hidup atau diet. Namun gejala perubahan tabiat usus boleh disebabkan oleh beberapa penyakit yang merbahaya:

  • Penyakit keradangan usus seperti Ulser Kolitis dan penyakit Crohn
  • Sindrom Malabsorption (penghadaman terganggu) seperti penyakit seliak (coeliac disease)
  • Gangguan kelenjar endokrin seperti Hipertiroidisme dan Kencing Manis (Diabetes)
  • Kanser/barah Kolon
  • Jangkitan kuman yang bahaya seperti demam kepialu, taun dan lain-lain

 

 

bristol-stool-chart

Jika tabiat usus berubah, adakah saya perlu bimbang?

Setiap individu boleh mengalami gejala perubahan tabiat usus dari semasa ke semasa terutama apabila terdapat perubahan dalam rutin hidup harian, diet dan umur. Biasanya gejala ini tidak berpanjangan dan tidak memerlukan rawatan khusus. Walaubagaimnapun sekiranya terdapat gejala perubahan tabiat usus seperti dibawah anda dinasihatkan berjumpa doktor :

  • Cepat letih/penat kerana cirit-birit yang berlebihan
  • Sembelit yang berpanjangan
  • Cirit birit yang berpanjangan
  • Cirit dan sembelit berlaku secara berulang dan berselang seli
  • Sakit perut yang teruk atau berpanjangan
  • Darah dalam najis
  • Nanah dalam najis
  • Gejala seperti susut berat badan, hilang selera makan dan demam
  • Kembung perut atau bengkak

Rujukan

  1. Penyelidikan Kanser UK (http://www.cancerhelp.org.uk)
  2. Pakar Keluarga Amerika (www.aafp.org / AFP)
  3. Kesihatan Atas Talian (http://www.healthline.com/)
Advertisement