Bahaya Jangkitan Virus Hepatits A

Virus Hepatitis A (HAV) adalah penyebab Hepatitis A iaitu sejenis penyakit hepar. Penyebaran virus ini berlaku apabila individu yang tidak pernah dijangkiti atau tidak pernah divaksinkan untuk virus ini, makan atau minum makanan atau minuman yang tercemar oleh najis individu yang dijangkiti Hepatitis A.

Penyakit ini sangat berkait rapat dengan air yang tidak bersih, sanitasi yang kurang baik dan tahap kebersihan diri yang rendah.

sequels

Jangkitan Hepatitis A tidak menyebabkan penyakit hepar yang kronik, tetapi boleh mendorong ke arah kegagalan fungsi hati dan kematian (kegagalan fungsi hati akut). Virus Hepatitis A adalah salah satu penyebab utama penyakit bawaan makanan dan ianya memberi kesan dari segi ekonomi dan kesan sosial dalam komuniti.

webmd_rf_photo_of_liver_and_hepatitis_virus

Bagaimana Virus Hepatitis A Merebak?

Penyebaran virus Hepatitis A ini adalah melalui laluan dubur-mulut (faecal-oral route) iaitu apabila individu yang tidak pernah dijangkiti penyakit ini makan atau minum makanan yang tercemar dengan najis individu yang telah dijangkiti. Virus ini juga boleh tersebar melalui hubungan fizikal yang rapat dengan individu yang dijangkiti. Walau bagaimanapun, hubungan kasual tidak menyebarkan virus ini.

hepatitis-a

Simptom Hepatitis A

Masa inkubasi bagi virus Hepatitis A ini adalah 2-6 minggu selepas jangkitan. Simptom Hepatitis A termasuk demam, lesu, kurang selera makan, cirit birit, loya, perut yang tidak selesa, kekuningan (jaundice) dan warna air kencing gelap.

Tidak semua yang dijangkiti akan menunjukkan semua simtom-simtom seperti yang dinyatakan di atas. Orang dewasa menunjukkan tanda-tanda dan simtom yang jelas berbanding dengan kanak-kanak.

Keterukan penyakit dan kadar kematian di kalangan kumpulan pesakit yang berumur adalh lebih tinggi. Manakala, kanak-kanak di bawah umur enam tahun selalunya tidak menunjukkan simptom yang nyata.

Di kalangan pesakit dewasa dan kanak-kanak yang lebih berusia, jangkitan ini menyebabkan simtom yang lebih teruk dan tanda-tanda kekuningan di dalam lebih kurang 70% kes.

asd

Diagnosis Virus Hepatitis A

Jangkitan virus Hepatitis A sukar dibezakan dengan jangkitan virus hepatitis yang lain. Di makmal, ujian darah bagi mengesan  Hepatitis A IgM ditawarkan, dan kehadiran IgM dalam darah menandakan individu tersebut menghidap akut Hepatitis A.

Kehadiran Hepatitis A IgM boleh dikesan dari 1-2 minggu selepas jangkitan pertama dan kekal bertahan dalam darah sehingga 14 minggu.

Kehadiran antibodi IgG dalam darah pula bermaksud individu tersebut pernah mendapat jangkitan dan imun terhadap jangkitan seterusnya virus Hepatitis A. Selain dari itu, semasa jangkitan akut ini, paras enzim alanine transferase (ALT) akan meningkat sangat tinggi berbanding bacaan normal. Ujian tambahan lain yang boleh dibuat untuk mengenalpasti jangkitan virus Hepatitis A adalah melalui ujian molekular RT-PCR yang akan mengesan kehadiran RNA virus tetapi ujian ini memerlukan kemudahan makmal yang khusus.

liver

Adakah Jangkitan Virus Hepatitis A Boleh Dicegah?

Jangkitan virus ini boleh dicegah melalui cara meningkatkan tahap kebersihan keselamatan makanan dan memberi pelalian vaksin. Penyebaran virus ini boleh disekat melalui:

  • Bekalan air yang selamat
  • Sistem pembentungan dan kumbahan yang teratur.
  • Amalan kebersihan diri yang baik seperti membasuh tangan dengan air bersih
  • Vaksin pelalian.

Terdapat pelbagai jenis vaksin Hepatitis A terdapat di pasaran. Kesemuanya adalah sama dari segi keberkesanan dan kesan sampingannya.

 

antigen

Pelalian (Immunisasi)

Di Malaysia, vaksin pelalian bagi virus Hepatitis A tidak tersenarai sebagai salah satu aktiviti dalam program pelalian kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pelalian Hepatitis A boleh didapatkan di hospital atau klinik swasta. Di bawah ini tersenarai golongan individu yang disyorkan untuk pelalian Hepatitis A:-

  • Pelancong ke negara di mana virus Hepatitis A adalah endemik
  • Lelaki homoseksual.
  • Pesakit hepar kronik (kerana mereka ini mempunyai risiko yang lebih tinggi jika mereka dijangkiti Hepatitis A).

Program pelalian Hepatitis A yang dirancang bagi kes-kes wabak, perlu spesifik termasuk keupayaan melaksanakan secara pantas kempen pelalian ini Vaksinasi untuk mengawal wabak di kalangan komuniti akan memberikan impak yang positif jika dimulakan pada peringkat awal dan merangkumi kumpulan komuniti yang besar.