Pengambilan Air Kencing Untuk Tentukan Jangkitan Kuman


- 21 Oct 16
View 230 : Today 1

Urin atau air kencing adalah bahan kumuh cecair badan yang disingkirkan oleh buah pinggang melalui proses penurasan dari darah dan dikeluarkan melalui urethra. Secara normalnya urin adalah cecair badan yang steril, walaubagaimanapun urin amat mudah tercemar oleh mikrobiota daripada perineum, prostat, urethra, dan vagina.

Advertisement

urine_testing_h1000_w500

Fenomena kehadiran bakteria di dalam urin disebut sebagai bakteriuria. Ia selalunya signifikan apabila urin tersebut mengandungi pertumbuhan >105 organisma tulin dalam setiap mililiter urine… Jangkitan saluran kencing selalu berlaku pada wanita berbanding lelaki.

Perkara ini terjadi kerana urethra wanita yang lebih pendek dan lebih dekat dengan dubur yang membolehkan bakteria daripada usus masuk ke dalam urethra.

Selain itu, lelaki mempunyai bahan antibakteria dalam kelenjar prostat yang mengurangkan risiko untuk dijangkiti bakteria. Eschericia .coli merupakan patogen yang paling kerap menyebabkan jangkitan pada saluran kencing iaitu antara 60-90%.

Urine sample test strip
Urine sample test strip

Pengambilan spesimen urin perlu mengikut tatacara yang betul adalah sangat penting untuk memberikan keputusan ujian makmal yang signifikan dan seterusnya menentukan rawatan yang akan diberikan kepada pesakit.

Kontaminasi semasa proses pengambilan dan pengangkutan spesimen urin boleh menyebabkan ralat dalam diagnosis penyakit. Untuk wanita, pengambilan sampel urin semasa haid perlu dielakkan sama sekali.

Kaedah pengambilan sampel urin

asd

  • ‘Midstream’ Urin

    Spesimen urin yang ideal adalah ‘midstream urine’, di mana aliran awal urin dibuang dan aliran urin selanjutnya ditadah di dalam bekas steril yang telah disediakan. Kuantiti spesimen yang diperlukan adalah dalam lingkungan 60ml. Pesakit akan diberikan bekas steril dan diterangkan dengan jelas tatacara pengambilan spesimen dengan kaedah yang betul. Urin pertama kali yang dikeluarkan pada awal pagi adalah spesimen terbaik untuk diperiksa bagi menentukan sama ada terdapat jangkitan kuman atau sebaliknya. Spesimen awal pagi ini lazimnya mengandongi kuman pada paras yang tinggi dan sesuai untuk ujian pengkulturan , mikroskopi dan analisa biokimia.

    Pesakit wanita:

    Bersihkan bahagian urethral dengan air dan pencuci, kemudian keringkan bahagian tersebut dengan kain gauze. Selepas beberapa ml aliran air kencing dilepaskan, aliran berikutnya (midstream urin) ditadah masuk ke dalam bekas urin steril.

    Pesakit lelaki:

    Bersihkan bahagian kelenjar penis dengan air dan pencuci, kemudian keringkan bahagian tersebut dengan kain gauze. Selepas beberapa ml aliran air kencing dilepaskan, aliran berikutnya (midstream urin) ditadah masuk ke dalam bekas urin steril.

 

h9991505_002

  • Urin ‘Catheter’

    Tiub silikon yang dikenali sebagai Urin ‘Catheter’ dimasukkan ke dalam pundi kencing pesakit melalui uretra. Ini membolehkan air kencing pesakit untuk mengalir bebas dari pundi kencing untuk dikumpul melalui tiub. Biasanya, prosedur ini dilakukan oleh doktor dan jururawat terlatih. Pengumpulan spesimen urin dengan cara ini dapat mengurangkan kadar kontaminasi yang disebabkan oleh bakeria persekitaran.

landscape-1446742407-g-examinations183056435

Bekas sampel dan waktu penghantaran spesimen ke makmal.

Bekas steril perlu dilabel dengan jelas nama pesakit, nombor pengenalan pesakit, masa dan tarikh pengambilan spesimen. Spesimen perlu segera di hantar ke makmal dalam tempoh 2 jam selepas spesimen dikutip.

Sekiranya tempoh penghantaran spesimen mengambil masa melebihi 2 jam, sampel urin tersebut perlu disimpan di dalam ais iaitu suhu antara 4-6OC.

Untuk kes kelewatan penghantaran yang melebihi 2 jam dan kurang 24 jam, urin mesti diambil dalam bekas yang mengandongi asid borik. Jumlah isipadu urin yang dikeluarkan perlu mancapai aras tanda yang ditetapkan pada label bekas asid borik tersebut. Pada kepekatan asid borik 10g/l, bakteria akan terus hidup di dalam urin tanpa berganda.

spesimen-urin

Selain itu, asid borik juga boleh menghalang strain enterococci dan Pseudomonas untuk membiak. Pesakit yang tidak berupaya mengeluarkan jumlah urin sehingga aras tanda yang ditetapkanl dinasihatkan menggunakan bekas steril biasa dan spesimen perlu dihantar dalam masa 2 jam , suhu 4-6oC ke makmal untuk dianalisis.

urine-test-620x350

Kriteria penolakkan spesimen

  1. Spesimen urin didalam bekas steril melebihi masa 2 jam.
  2. Botol tidak dilabel masa dan tarikh pengambilan spesimen.
  3. Spesimen urin melebihi 24 jam (botol asid borik).
  4. Spesimen urin bocor dan melimpah keluar daripada botol.
  5. Spesimen urin dengan kuantiti yang terlalu banyak dan terlalu sedikit iaitu tidak menepati aras tanda pada botol asid borik.
  6. Spesimen urin yang bercampur dengan najis.
  7. Maklumat pada borang permintaan dan botol spesimen tidak sama.

Rujukan

  1. Clinical Microbiology Procedures Handbook, Third Edition, Lynne S. Garcia
  2. District Laboratory Practice in Tropical Country, Second Edition, Monica Cheesbrough
Advertisement