Vaksin Rotavirus (Bahagian 1)

Rotavirus dinamakan kerana bentuknya yang kelihatan seperti roda (‘rota’ bermaksud roda dalam bahasa Latin) apabila dilihat melalui mikroskop elektron.

Rotavirus adalah virus yang paling biasa menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk yang boleh menyebabkan kehilangan cecair badan yang banyak di kalangan bayi dan kanak-kanak di seluruh dunia.

Penyakit rotavirus amat mudah berjangkit dan hampir semua kanak-kanak dijangkiti sebelum atau pada usia 5 tahun. Di Malaysia, kira-kira 22% hingga 50% daripada kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh rotavirus.

8437

Rotavirus tersebar dengan mudah melalui tangan-ke-mulut disebabkan oleh sentuhan dengan najis daripada orang yang dijangkiti. Kebanyakan kanak-kanak akan pulih sendiri daripada jangkitan. Walau bagaimanapun, sesetengah kanak-kanak juga dimasukkan ke hospital kerana muntah dan cirit-birit yang teruk dengan kehilangan banyak cecair badan yang boleh membawa maut. Mujurlah, jangkitan ini boleh dicegah melalui vaksin terhadap rotavirus.

Vaksin rotavirus adalah vaksin hidup dan apabila diberikan kepada bayi, pertahanan badan semula jadi akan menghasilkan antibodi terhadap rotavirus untuk mencegah cirit-birit dan muntah yang disebabkan oleh rotavirus.

asd

Pada masa ini, terdapat 2 jenis vaksin rotavirus di pasaran Malaysia, iaitu siri 2 dos dan 3 dos. Kedua-duanya terbukti selamat dan berkesan dalam mencegah cirit-birit yang teruk di kalangan kanak-kanak . Berdasarkan data dari kajian klinikal, vaksin rotavirus didapati berkesan untuk mencegah 85% hingga 98% daripada penyakit rotavirus yang teruk dan mencegah 74% hingga 87% daripada semua penyakit rotavirus.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2008, kira-kira setengah juta kanak-kanak mati akibat jangkitan rotavirus dan telah menyumbang kepada kira-kira 5% daripada semua kematian kanak-kanak di seluruh dunia.

WHO mengesyorkan vaksin rotavirus disenaraikan ke dalam program imunisasi kebangsaan terutamanya di negara-negara yang berisiko tinggi bagi penyakit rotavirus yang teruk dan kadar kematian yang tinggi akibat jangkitan virus tersebut.

274-he0451_lightbox

Indiksi dan kumpulan sasaran

Vaksin rotavirus tidak termasuk di dalam program imunisasi kebangsaan. Vaksin ini boleh diberikan kepada bayi berusia 6 minggu dan ke atas bagi mencegah cirit-birit dan muntah yang disebabkan oleh jangkitan rotavirus dan boleh diberikan daripada usia 6 minggu hingga 32 minggu bergantung kepada jenis vaksin yang diberikan. Walaubagaimanapun, vaksin ini tidak boleh diberikan jika:

  • Bayi pernah mengalami reaksi alahan yang teruk terhadap vaksin rotavirus atau alahan kepada mana-mana komponen dalam vaksin.
  • Bayi menghidap penyakit gangguan genetik yang jarang berlaku yang boleh menjejaskan sistem pertahanan badan dan dikenali sebagai Severe Combined Immunodeficiency (SCID).
  • Bayi mengalami sejenis penyumbatan usus (teleskopi pada bahagian usus atau intussusception).
  • Bayi dilahirkan dengan kecacatan dalam usus yang boleh menyebabkan penyumbatan usus.

Vaksinasi perlu ditangguhkan sekiranya bayi mengalami jangkitan yang teruk dan demam dengan suhu yang tinggi, cirit-birit dan/atau muntah.

rotavirus-vaccine-vikash-keshri-13-638

Dos dan cara pengambilan

Jadual di bawah menunjukkan dos untuk jenis-jenis vaksin rotavirus:

Dos
Jarak masa dos
Vaksin siri 3 dos boleh diberikan sehingga usia 32 minggu Dos pertama diberikan pada bayi pada usia 6 hingga 12 minggu. Dos seterusnya diberikan pada jarak masa sekurang-kurangnya 4 minggu di antara setiap dos. Jadual vaksinasi perlu dilengkapkan sebelum bayi berusia 32 minggu.
Vaksin siri 2 dos boleh diberikan sehingga usia 24 minggu Dos pertama diberikan pada bayi daripada usia 6 minggu. Dos seterusnya diberikan pada jarak masa sekurang-kurangnya 4 minggu. Jadual vaksinasi perlu dilengkapkan sebelum bayi berusia 24 minggu.

Vaksin rotavirus diberi melalui mulut sahaja.
Vaksin rotavirus diberi melalui mulut sahaja.

  • Kedua-dua jenis vaksin diberi melalui mulut.
  • Jika bayi termuntah keluar kebanyakan dari dos vaksin tersebut, dos gantian boleh diberikan pada lawatan yang sama jika bayi diberi vaksin jenis siri 2 dos. Walau bagaimanapun, untuk bayi yang diberi vaksin jenis siri 3 dos, dos gantian tidak perlu diberikan. Bayi tersebut perlu menerima dos vaksin seterusnya mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Vaksin rotavirus boleh diberikan kepada bayi pra-matang dengan jadual vaksinasi yang sama seperti bayi yang cukup bulan.
  • Vaksin rotavirus boleh diberikan tanpa mengira pengambilan makanan, cecair atau susu ibu, sama ada sebelum atau selepas vaksinasi.

 

Sambungan : Vaksin Rotavirus (Bahagian 2)