Vaksin Rotavirus (Bahagian 2)

Artikel ini merupakan sambungan daripada “Vaksin Rotavirus Bahagian 1

Advertisement

 

asd

Kesan-kesan sampingan yang mungkin dialami

Seperti semua jenis vaksin, terdapat kemungkinan penerima vaksin mengalami kesan sampingan selepas vaksinasi. Kebiasaannya,kesan-kesan sampingan adalah tidak serius dan bersifat sementara. Kesan sampingan yang biasa termasuk cirit-birit, muntah dan cepat marah.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kemungkinan kecil bayi boleh mengalami reaksi alahan yang serius dengan tanda-tanda dan gejala-gejala seperti ruam, bengkak pada muka dan tekak, kesukaran bernafas, denyutan jantung yang cepat, pening dan lemah.

Kesan sampingan iaitu bayi mengalami penyumbatan usus (teleskopi pada bahagian usus atau intussusception) dilaporkan sangat jarang berlaku.

Ibu bapa dinasihatkan supaya memerhatikan bayi mereka jika mengalami tanda-tanda dan gejala-gejala seperti sakit perut serta menangis dengan teruk, muntah berterusan, darah dalam najis, perut bengkak dan/atau demam bersuhu tinggi.

rotavirus_350_031015022446

Amaran dan langkah berjaga-jaga

Seperti vaksin lain, tiada vaksin yang 100 peratus berkesan dan vaksin rotavirus mungkin tidak sepenuhnya melindungi semua kanak-kanak yang diberikan vaksinasi yang lengkap mengikut jadual.

Vaksin-vaksin ini tidak akan memberi perlindungan terhadap cirit-birit dan muntah yang disebabkan oleh kuman selain daripada rotavirus.

Ibu bapa dinasihatkan supaya membasuh tangan mereka selepas menukar lampin anak-anak kerana najis berkemungkinan mempunyai virus vaksin rotavirus dalam minggu pertama selepas pengambilan vaksin.

Ibu bapa juga dinasihatkan supaya berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memberi vaksin rotavirus untuk anak-anak mereka jika:

  • Bayi telah menerima pemindahan darah atau produk darah termasuk immunoglobulin (sejenis antibodi) dalam tempoh 6 minggu.
  • Bayi mempunyai sebarang penyakit gastrousus yang kronik.
  • Bayi berhubungan rapat contohnya, dengan ahli keluarga yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Bayi mempunyai masalah pertumbuhan.
  • Bayi mempunyai sebarang penyakit atau mengambil ubat-ubatan yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan terhadap jangkitan.

 

slide_5-1

Vaksin Rotavirus dan Vaksin Lain

Vaksin rotavirus boleh diberikan bersama-sama dengan vaksin lain yang disyorkan seperti difteria, tetanus, batuk kokol/ pertusis, Haemophilus influenzae jenis b, polio tidak aktif, hepatitis B, pneumokokal dan meningokokus kumpulan C.

rotavirus-vaccine-3-638

Cara penyimpanan

Kedua-dua jenis vaksin mesti disimpan di dalam peti sejuk pada suhu 2 hingga 8 darjah Celsius, dilindungi daripada cahaya dan tidak boleh dibekukan.

rotavirus_disease_global_burden_eb_june2010_simplified_700

Kesimpulan

Vaksin rotavirus adalah cara terbaik untuk melindungi kanak-kanak daripada jangkitan rotavirus. Vaksin adalah terbukti berkesan untuk mencegah penyakit jangkitan rotavirus yang teruk di kalangan bayi dan kanak-kanak.

Selain risiko penyumbatan usus (intussusception) yang sangat rendah, vaksin rotavirus adalah dianggap selamat dan diterima baik oleh pengguna.

Walaupun vaksinasi bagi rotavirus bukan sebahagian daripada jadual imunisasi kebangsaan di Malaysia, ibu bapa dinasihatkan supaya berjumpa doktor bagi mendapatkan vaksinasi ini untuk melindungi anak-anak mereka daripada jangkitan rotavirus.

Amalan kebersihan diri yang baik seperti mencuci tangan juga adalah penting dalam mengawal penyebaran jangkitan rotavirus.

Rujukan

  1. Hsu, V.P., Abdul Rahman, H., Wong, S.L., Ibrahim, L., Yusoff, A.F., Chan, L.G., et al. (2005). Estimates of the burden of rotavirus disease in Malaysia. Journal of Infectious Diseases, 192 (Supplement 1), S80-S86.
  2. Poo, M.I. & Lee, W.S. (2007). Admission to hospital with childhood gastroenteritis in Kuala Lumpur, Malaysia. Medical Journal of Malaysia, 62(3), 189-193.
  3. World Health Organization (2013). Rotavirus vaccines. WHO position paper – January 2013. Weekly Epidemiological Record, 88, 49-64.
  4. Centers for Disease Control and Prevention (2012). Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Disease (12th ed.). Washington DC: Public Health Foundation.
  5. Palmer, E. (1978). [Rotavirus]. Retrieved February 25, 2015 from http://phil.cdc.gov/phil/details.asp?pid=197
  6. Rotavirus Vaccination (n.d.). Retrieved February 25, 2015 from http://www.cdc.gov/vaccines/vpd-vac/rotavirus/default.htm?s_cid=cs_074
Advertisement