Kanak-Kanak : Jangkitan Cacing Gelang


- 27 Oct 16
View 620 : Today 1

Cacing Gelang (Ascaris Lumbricoides) adalah punca utama jangkitan cacing di kalangan manusia.

Advertisement

Jangkitan ini dinamakan ascariasis. Cacing gelang betina dewasa boleh mencapai ukuran sehingga 18 inci sementara cacing gelang jantan dewasa biasanya lebih pendek sedikit daripada cacing gelang betina.

Cacing dewasa tinggal di dalam usus kecil dan telur-telur cacing dikeluarkan bersama dengan najis. Telur-telur cacing boleh tinggal di dalam tanah selama bertahun-tahun.

 

asd

Bagaimanakah ia berjangkit?

Kanak-kanak suka bermain ditempat lembab dan kotor.

Telur-telur cacing gelang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih dan di masukkan ke dalam mulut.

Selain daripada itu makan makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.

 

asd

Apakah tanda-tanda dan gejala dijangkiti cacing?

  • Ramai kanak-kanak tidak mempunyai tanda-tanda dan gejala.
  • Kadang-kadang kanak-kanak mengadu sakit perut.
  • Jangkitan cacing yang teruk boleh menyebabkan saluran usus tersumbat dan mengakibatkan sakit perut yang teruk dan muntah-muntah.
  • Ada kalanya cacing dikeluarkan melalui najis atau dimuntahkan keluar.

 

asd

Bagaimanakah untuk mengenalpasti anak anda dijangkiti cacing?

Jika anak anda membuang air besar mengandungi cacing gelang atau telur cacing.

 

 

asd

Bagaimanakah untuk merawat kanak-kanak yang dijangkiti cacing?

Ia boleh dirawat dengan memberikan ubat Albendazole 1 biji sehari atau Mebendazole untuk 3 hari.

 

asd

Bolehkah jangkitan cacing gelang di cegah?

Pencegahan boleh dicapai jika anda:

  • Cuci tangan dengan sempurna sebelum mengendalikan makanan.
  • Elakkan dari menyentuh tanah yang dicemari dengan najis manusia.
  • Buang lampin pakai buang ditempat yang sesuai.
  • Elakkan dari makan makanan tercemar atau minum air yang dicemari semasa melawat tempat atau negeri yang tidak mempunyai sistem sanitasi yang sempurna.
Advertisement