Perubahan Normal Warga Tua : Pendengaran


- 28 Oct 16
View 406 : Today 1

Masalah pendengaran merupakan antara penyakit yang paling banyak dialami oleh golongan warga emas. Dianggarkan sebanyak 40 ke 45 peratus golongan yang berusia 65 tahun ke atas dan lebih 80% yang berusia lebih 70 tahun mempunyai masalah pendengaran.

Advertisement

Tahap masalah pendengaran ini berbeza mengikut individu dan biasanya masalah ini akan melibatkan kedua- dua belah telinga.

Masalah pendengaran ini akan berlaku secara beransur-ansur dan disebabkan ini mereka biasa tidak akan menyedari yang tahap pendengaran mereka semakin merosot. Tahap masalah pendengaran boleh menjadi sedikit, sederhana, teruk ataupun sangat teruk

asd

Simptom

  • Tidak dapat mendengar.

  • Kesukaran untuk mendengar dengan jelas dan tidak memahami maksud keseluruhan percakapan.

  • Sukar untuk berkomuni kasi sekiranya terdapat dua atau lebih orang yang bercakap.

  • Suara lelaki lebih mudah didengari berbanding suara wanita yang bernada lebih tinggi.

  • Mendengar bunyi berdesing dari dalam telinga (Tinnitus).

  • Sensitif pada bunyi yang kuat.

  • Cepat berasa letih atau stress, disebabkan terpaksa lebih fokus semasa mendengar.

 asd

Punca

  • Kerosakan di koklea atau saraf auditori disebabkan oleh perubahan secara beransur-ansur.

  • Kerosakan pada sel-sel rerambut yang merupakan reseptor sensori di koklea.

  • Terdedah pada bunyi bunyi bising seperti bunyi trafik, persekitaran tempat kerja, muzik yang kuat  dan juga peralatan yang menghasilkan bunyi bising.

  • Faktor keturunan seperti penuaan, tahap kesihatan dan kesan sampingan penggunaan ubat.

  • Perubahan pada bekalan darah ke telinga disebabkan oleh penyakit jantung, tekanan darah tinggi, vascular atau diabetes.

  • Masalah pendengaran konduktif iaitu berpunca kerosakan fungsi gegendang ataupun tulang- tulang osikel yang membawa gelombang bunyi ke koklea.

 

 

asd

Faktor-faktor risiko

  • Keturunan

  • Terdedah kepada bunyi bising

  • Penggunaan ubatan ototoksik.

  • Tekanan darah tinggi

  • Tabiat merokok

  • Atheriosclerosis

  • Jangkitan di telinga.

asd

Kesan pada kehidupan

  • Depressi, kebimbangan dan kesunyian

  • Kurang bersosial

  • Terpinggir dari masyarakat

 

Rawatan

Alat bantu pendengaran.
Masalah dalam menggunakan alat bantu pendengaran:

  • Sukar untuk memasukkan alat ke dalam telinga.

  • Bunyi bising dari alat pendengaran.

  • Distorsi bunyi dari alat pendengaran.

  • Bunyi dari alat terlalu kuat.

 

asd

Rehabilitasi

  • Kaunseling berkaitan penggunaan alat supaya mereka mempunyai harapan yang realistik terhadap alat bantu pendengaran.

  • Bercakap secara berdepan supaya kita dapat melihat muka orang yang bercakap.

  • Pastikan pencahayaan yang  baik supaya dapat melihat ekspresi muka, reaksi dan pergerakan bibir dan badan yang boleh memberi klu kepada komunikasi.

  • Bercakap dengan ayat yang pendek dan ringkas sekiranya bertutur dengan mereka yang mempunyai masalah pendengaran.

  • Elakkan bertutur di tempat-tempat yang bising atau sesak

 

Pencegahan

  • Menjalani ujian saringan pendengaran secara berkala.

  • Melindungi dari terdedah dengan bunyi-bunyi bising seperti menggunakan pelindung telinga sekiranya kerja di kawasan yang terdedah dengan bunyi yang bising.

  • Mengamalkan cara hidup yang sihat

Advertisement