Umur Dah Dekat 30? Ketahui 20 Tabiat Buruk Yang Anda Perlu Tinggalkan Sebelum Mencecah 30an

Sedar atau tidak, tinggal sebulan lebih lagi kita akan memasuki tahun 2017. Wow! cepatnya masa berlalu! Ya memang cepat sepantas bullet train di Jepun sampai tak sedar dah 11 bulan berlalu.

Dengan nak masuk ke tahun baru ini, mungkin ramai daripada kita yang akan mencecah ke usia 30an, satu angka umur yang dianggap matang dan menjadi ketakutan pada jejaka dan dara yang masih single. Tapi, kenapa ramai orang risau bila nak masuk umur 30 ni?

Kerisauan tu datang bila banyak benda yang perlu difikirkn. Tentang kerjaya, hala tuju hubungan dan kehidupan. Yalah, usia 20an kita dah puas main-main dan buat silap dan it’s okay sebab manusia ni tak sempurna. Bak kata pepatah inggeris “sometimes you win, sometimes you learn”.

Tapi itu tidak okay bila anda dah nak masuk umur 30an. Sudah tiba masa untuk anda fikirkan tentang apa yang nak jadi pada diri anda di masa hadapan dan apa perancangan hidup anda. Tambah lagi, dah sampai masa untuk lupakan tabiat buruk dan gantikan dengan kebaikan.

Oleh itu, di sini ada beberapa tabiat buruk yang anda perlu pikirkan untuk segera tinggalkan dan tak perlu tunggu hari lahir ke-30 anda pun untuk tinggalkan!

1. Kehidupan berakhir dengan angka 30

Umur 30 bukanlah penamat kepada kerjaya,hubungan dan kehidupan anda. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah hidup perlu diteruskan. Daripada runsing, lebih baik anda rancang sebaiknya untuk apa yang anda nak lakukan pada masa hadapan.

Contohi Jack Ma. Dia mula mencipta kejayaan dengan Alibaba.com selepasa umur 30 dan sekarang asetnya bernilai 22.5 bilion!

jackma

2. Menghabiskan masa dengan orang yang salah

Berhenti habiskan masa dengan orang yang tak sudi dengan anda. Rancang hubungan kekal hingga ke anak cucu adalah lebih baik daripada anda habiskan usia berharga anda dengan orang yang anggap anda tidak lebih dari tempat RnR dan peneman dikala sunyi saja.

3. Tidak menjaga hubungan kekeluargaan

Luangkan masa lebih kepada keluarga dan perbaiki hubungan anda dengan mereka. Utamakan keluarga anda lebih dari rakan-rakan anda sebab bila anda jatuh tersungkur,tersembam ke bumi, tak ada orang yang akan bantu anda melainkan keluarga anda.

Hubungi mereka sekerap mungkin dan ceritakan apa yang terjadi dan bakal jadi dalam hidup anda kepada mereka. Kalau ada berkelahi dengan adik beradik tu, lupakan saja. Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing, mana boleh dipisahkan.

4. Tidak bersenam

Bangun, bersiap dan pergi bersenam. Ya, bukan mudah nak mulakan kalau dah 5 6 tahun tak bersenam. Tapi kalau anda tak mulakan, bila lagi anda nak mulakan? Tak semestinya ke gym. Anda boleh lakukannya di mana-mana anda suka dan pelbagai jenis senaman, ikut selera anda.

Paling mudah, tonton rancangan Astro Bella workout dan tiru saja gerakan senaman artis kegemaran anda tu.

5. Tidak ada simpanan

Cuba semak baki akaun anda, tinggal berapa? Kalau bawah daripada RM3000, itu adalah bahaya! Sekurang-kurangnya anda perlu ada simpanan untuk tempoh 6 bulan gaji. Susah nak menyimpan? Tak susah sebenarnya, perlu ada sedikit kesedaran saja.

download

6. Makan ikut sesuka hati

Tahukah anda kebanyakan penyakit seperti kencing manis, sakit jantung dan darah tinggi akan mula menyerang bila usia anda mencapai 30? Mulakan langkah mencegah sekarang dengan jaga pemakanan anda sebab kebanyakan penyakit adalah berpunca dari apa yang anda makan.

7. Tak pernah lakukan pemeriksaan kesihatan

Dalam tempoh usia 13 tahun hingga sekarang, berapa kali anda buat pemeriksaan kesihatan? Rasanya ramai akan jawab tidak pernah! Lakukannya sekarang sebab mencegah tu lebih baik daripada mengubati. Anda akan tahu lebih awal tentang risiko menghidapi penyakit dengan cara ini.

Mahal la! Kalau nak murah boleh lakukan di klinik kesihatan kerajaan. Daftar dan mereka akan bagi anda beberapa tempoh tertentu untuk datang buat pemeriksaan.

8. Tak ambil insuran

Masyarakat kita ni sebenarnya kurang kesedaran tentang pentingnya insuran. Tak macam di Jepun, mereka sejak dari kecil lagi dah ada insurans. Cuba luangkan masa untuk kaji polisi-polisi insuran yang ada di Malaysia ni. Sangat penting untuk ada insuran zaman sekarang lagi-lagi insuran kesihatan.

Bak kata orang dulu-dulu “sediakan payung sebulan hujan”. Kalau dah terkena penyakit atau kemalangan, kena bayar puluh-puluh ribu, mana nak dicari duitnya kan!

9. Merokok

Tak perlu tunggu umur dah dekat 30 baru nak berhenti. Ambil langkah berhenti sekarang. Memang tak hisap rokok pun tak boleh beli Ferarri, tapi sekurang-kurangnya anda boleh jimat daripada bayar bil hospital mahal disebabkan penyakit dari rokok dan tak adalah orang susah nak jaga bila anda sakit nanti.

10. Menghadap telefon tak kira masa

Hentikan tatap telefon bimbit anda yang mahal tu jika ada ibu,bapa, adik-beradik atau kawan bersama anda. Jangan lepaskan detik berharga anda dengan insan tersayang hanya disebabkan nak kemaskini Facebook dan Instagram anda.

img_ct-afp-getty_sc-text_3_1_ta8u5qa7

Lagi satu, memandu sambil balas Whatsapp,Facebook,Tweet? Itu sangatlah biadap dan tolong, hentikan!

11. Murah dengan ucapan “maaf”

Tak perlu minta maaf kalau anda balas mesej lambat sedangkan orang tahu anda sedang bekerja. Tak perlu minta maaf jika anda memang tak boleh lepak sebab tak ada duit atau ad kerja yang lagi penting untuk anda selesaikan. Jadikan ucapan “maaf” anda itu lebih berharga dengan guna pada keadaan yang sepatutnya.

“Saya minta maaf sebab lambat” “Saya minta maaf sebab menyusahkan rakyat”. Ya! ini baru betul minta maaf.

12. Takut untuk minta kenaikan gaji

Jangan takut untuk minta dinaikkan gaji kalau anda rasa anda dah bekerja dengan begitu baik, banyak pengalaman dan setia dengan syarikat kerana itu sepatutnya yang anda dapat. Takkkan mula masuk kerja gaji RM1 400 dan selepas 4 5 tahun masih lagi tangga gaji yang sama.

13. Berusaha menjadi orang lain

Jadilah diri sendiri dan jangan cuba jadi orang lain kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, tak sama. Jadikan kejayaan atau kelebihan orang lain sebagai panduan saja, bukan cuba tukar diri anda jadi mereka!

14. Tak jaga penampilan

Penampilan melambangkan diri seseorang.Kalau orang tu selekeh, baju berkedut, rambut tak terurus orang lain akan cakap dia ni serabut. Sebaliknya, kalau baju kemas berseterika, jambang dan janggut yang kemas orang akan cakap dia ni kemas dan macho!

Jagalah penampilan anda. Uruskan janggut,jambang dan misai anda. Sentiasa seterika baju dan jangan jadi mangsa fesyen.

15. Kurang memberi

Ustaz Ebit Lew dalam ceramanhnya pernah cakap:

“sebab apa orang suka bersedekah ni hidup bahagia? Sebab orang yang terima sedekah dia tu selalu doakan kebahagiaan dia dan lagi banyak dia sedekah, lagi banyak dia dapat doa”

Ya,itulah hakikatnya. Lagi banyak kita memberi,lagi banyak kita menerima. Tak semestinya duit, tapi kebahagiaan ketenangan. Jadi,kalau ada masa lapang, ringankan tulang anda jadi sukarelawan di hospital, kelas-kelas rakyat dan program kebajikan.

kisah-7-orang-miskin-yang-bersedekah

Dengan cara ni, anda akan tahu bahawa kalau hidup anda susah, ada lagi yang susah dari anda dan anda perlu bersyukur dengan apa yang anda ada.

16. Minta duit dari mak ayah

Umur dah dekat 30 tak perlu dah kot minta duit dari mak ayah kita. Kita nak apa-apa, kita usaha sendiri. Ada hutang, kita usaha langsaikan sendiria. Biarlah berpecah peluh, bermandi darah pun, asalkan dari titik usaha kita sendiri.

Janga terlalu bergantung pada mereka, sebab kalau mereka sudah tiada nanti takut anda akan hilang punca.

17. Tak kemas bilik dan tandas

Jika selalu bilik anda mak yang kemaskan, kini anda kena belajar kemas sendiri. Tak susah pun, bangun tidur terus kemas tempat tidur anda.Waktu cuti, sapu dan vacuum bilik tu. Untuk tandas, “amalkan pandai guna, pandai kemas”. Selagi ada kaki dan tangan, cubalah jadi pembersih dan buat sendiri.

18. Tak suka travel

Mungkin sepanjang usia 20an anda dah habis dengan mencari duit dan pasangan. Jadi, apa kata sekarang ni anda ambil masa untuk berjalan dan lihat dunia lain. Pergilah melancong ke Jepun, Korea, Australia, Thailand atau mana-mana tempat yang anda suka.

Kata Imam as-Syafie Rahimahullah: “Bermusafirlah kerana musafir itu ada 5 kebaikan; ia menenangkan kesedihan, mendapat keuntungan, mendapat ilmu, adab dan mendapat sahabat yang baik”.

19. Tak pernah beli barang masak

Yang ini rasanya ramai yang buat. Yelah, ramai yang pilih makan di luar daripada masak, alasanya letih bekerja dan malas masak. Kos makan di rumah adalah sangat jimat berbanding beli makanan di luar. Lagipun, anda bolehlah asah bakat anda dalam memasak.

20. Menunggu kehidupan yang sempurna

Ya, inilah punca banyak benda yang tertangguh dalam kehidupan kita. Ingat, hidup realiti kita tak sama macam drama televisyen yang mula-mula susah dah hujung episod bahagia. Dari menunggu, apa kata anda mula rancang,lakukan dan cipta kebahagiaan anda.

71787-the-perfect-life

Kebahagiaan bukan diukur pada harta tapi bila anda mendapat ketenangan dengan setiap apa yang anda buat dan anda mampu bawa kebahagiaan pada insan-insan sekeliling anda.