Resipi Hebat Dan Sihat Selama 15 Minit Sahaja: Salmon Dan Salsa

Dapatkan lebih banyak protein untuk diri anda dan lemak yang sihat untuk jantung dengan hidangan salmon manis dan pedas ini. Jangan lupa: Capsaicin, yang terdapat dalam lada cili, ia mampu untuk bertindak sebagai anti-radang dan menggalakkan aliran darah yang sihat.

Bahan-bahan:

  • 8 oz Salmon Fillet
  • 1/2 cawan nenas, didadu kecil
  • 1/2 cawan tomato, dipotong dadu
  • 1/4 cawan bawang merah, dipotong dadu
  • 1 Jalapeño, dihiris, benih dikeluarkan
  • 1 sudu besar ketumbar, dicincang
  • 1 limau

salmon-with-salsa-verde

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan ketuhar kepada 400 °.
  2. Campurkan semua bahan tadi kecuali salmon dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali dengan api sederhana dan semburkan dengan minyak.
  4. Taburkan salmon dengan garam dan lada dan tempatkan ia ke dalam kuali dengan bahagian kulit menghala ke atas, bakar kira-kira 1 hingga 2 minit sehingga perang.
  5. Balikkan salmon tadi dengan kulit menghala ke bawah dan masak dalam pan selama 1 minit sebelum dipindahkan ke ketuhar untuk diselesaikan (4-5 minit).
  6. Hidangkan salmon bersendirian atau bersama nasi dan taburkan salsa di atas salmon.