Pelan Pemakanan Sihat – Puding Yang Kaya Dengan Protein

Teff akan bertukar kepada agar-agar apabila ia dimasak, jadi gunakannya untuk membuat puding yang sihat, sarapan bubur, atau bubur jagung. Teff, bijirin Ethiopian kecil, boleh memberikan kuasa  kepada latihan anda dengan membekalkan zat besi.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan buah kurma didadu
  • 3/4 cawan bijirin Teff
  • Sedikit garam
  • 1/2 cawan minuman susu atau santan
  • 1/2 cawan serbuk protein biasa atau vanila
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh ekstrak vanila (tinggalkan jika menggunakan serbuk protein vanila)
  • 1 parutan daripada 1 oren sederhana
  • 1 sudu teh kayu manis
  • 2 cawan raspberi
  • 1/3 cawan serpihan kelapa

dsc_2224

Cara Membuatnya

  1. Letakkan buah kurma dalam mangkuk, tutup dengan air panas, dan biarkan berendam selama 30 minit.
  2. Letakkan Teff bersama 3¼ cawan air, dan beberapa getilan garam dalam periuk bersaiz sederhana. Masak hingga mendidih, kurangkan haba kepada sederhana rendah, dan reneh seketika, kacau sekali-sekala, selama 20 minit sehingga Teff bertukar lembut dan campuran agar-agar telah terbentuk. Biarkan sejuk.
  3. Masukkan susu, kurma, Teff, serbuk protein, serbuk koko, vanila, parutan kulit oren, kayu manis, dan ¼ sudu teh garam dalam pengisar atau pemproses makanan dan kisar sehingga sebati, kira-kira 1 minit. Jika perlu, tambah sedikit lebih susu untuk membantu melancarkan adunan. Sejukkan untuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dihidangkan.
  4. Hidangkan dengan topping samada raspberi atau kelapa.