Pitam (Syncope): Rawatan Awal


- 23 Nov 16
View 545 : Today 1

Pengsan atau syncope terjadi apabila seseorang itu hilang kesedaran tahap separa atau penuh disebabkan oleh penyusutan sementara bekalan darah beroksigen ke otak.

Advertisement

 

asd

Faktor Penyebab

  1.   Terdedah kepada panas yang melampau
  2.   Lapar (kurang makan)
  3. Tekanan emosi
  4.   Keletihan dan ketakutan yang melampau
  5. Dehidrasi
  6.   Penyakit :
    • Tekanan darah tiba-tiba menurun (hypotension)
    • Anemia
    • Degupan jantung tidak menentu
    • Serangan penyakit di otak
    • Serangan Migraine

asd

Tanda dan Gejala

  1. Pucat
  2. Denyutan nadi cepat
  3. Berpeluh sejuk
  4. Rasa loya
  5. Kepala rasa berpusing

asd

Rawatan

Rawatan di tempat kejadian :

  1. Sekiranya sebelum pengsan mangsa kelihatan pucat dan mengadu berasa   pening, mual dan merasa seperti hendak pengsan, perawat hendaklah membawa mangsa ke tempat yang lebih selamat serta betulkan saluran pernafasan.
  2. Tenangkan mangsa, sekiranya mangsa terus pengsan alihkan benda di sekeliling yang berbahaya, baringkan mangsa  dan tinggikan kaki untuk memastikan bekalan darah mengalir ke otak.
  3. Longgarkan pakaian mangsa.
  4. Jangan bersesak-sesak dan beri bantuan udara segar menggunakan kipas.
  5. Jika mangsa sedar selepas beberapa minit, biarkan sehingga mangsa betul-betul     selesa dengan keadaannya sendiri.
  6. Sekiranya masih pengsan, periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia       untuk menjalankan CPR sekiranya tahu.
  7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan, hubungi talian 999 :

 

Rawatan di hospital :

  1. Mangsa akan diperiksa kadar denyutan nadi, tekanan darah, kadar pernafasan dan tahap kesedaran.
  2. Sekiranya mangsa mengalami renjatan, rawatan khusus akan diberikan.
  3. Penyiasatan darah akan dilakukan jika ada keperluan

asd

Pencegahan

  1. Jangan melakukan aktiviti fizikal  apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan.
  2. Pastikan cukup udara segar dalam bilik permainan.
  3. Elakkan berada dalam keadaan berdiri dan tidak bergerak untuk jangka masa    yang lama.
  4. Sekiranya dalam rawatan perubatan, pastikan mangsa mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor.

Rehabilitasi

  1. Amalkan pemakanan sihat dan seimbang.
  2. Ambil ubat yang telah diarahkan oleh doktor dan patuhi rawatan susulan.
Advertisement