Pemeriksaan X-Ray Kaki


- 23 Nov 16
View 563 : Today 1

Apa Itu Pemeriksaan X-ray Kaki?

  • Pemeriksaan yang dijalankan oleh Juru X-ray kaki ke atas tulang di bahagian kaki.
  • Ia tidak menyakitkan.
  • Bahagian yang terlibat dalam pemeriksaan X-ray kaki ialah kaki termasuk jari kaki,sebahagian tumit kaki dan tisu lembut pada kawasan kaki
Advertisement

 

19665

Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.
  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik KKM yang menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik.

 

x-ray_lat_foot_mod

Bila Pemeriksaan Diperlukan?

  • Pemeriksaan X-ray kaki boleh membantu mencari punca-punca dan tanda-tanda seperti sakit, ketegangan, bengkak, atau kecacatan kaki. Ia boleh mengesan patah tulang atau dislokasi sendi.
  • Jika pembedahan kaki akan dijalankan, X-ray kaki akan diambil terlebih dahulu untuk membantu perancangan dalam pembedahan dan juga akan diambil selepas pembedahan.

Sebelum pemeriksaan

  • Anda dinasihatkan supaya tidak membawa dan memakai barang berharga.
  • Pesakit kanak-kanak boleh ditemani oleh ahli keluarga dewasa.
  • Pastikan anda tidak mengandung atau disyaki mengandung. Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau di syaki mengandung.
  • Anda akan diberi penerangan awal mengenai prosedur yang akan dijalankan.
  • Anda mungkin perlu menukar pakaian kepada pakaian hospital.

Semasa pemeriksaan

  • Dua projeksi asas yang biasa dilakukan adalah:

Anteroposterior (AP) – bagi melihat sendi kaki dari sisi hadapan

Oblik – untuk melihat struktur keselurahan kaki dari aspek pandangan sudut berlainan

  • Pemeriksaan kebiasaanya akan dijalankan secara berbaring, duduk atau berdiri
  • Alat perlindungan sinaran akan diberikan semasa pemeriksaan dijalankan.
  • Pemeriksaan ini mengambil masa lebih kurang 10minit sahaja
  • Projeksi tambahan mungkin akan dilakukan jika diperlukan.

 

asd
Contoh bagaimana X-ray kaki dilakukan.

 

Selepas pemeriksaan

  • Anda akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan dijalankan.

 

asd
Contoh imej X-ray kaki yang normal.

Laporan Pemeriksaan

  • Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.
  • Keputusan pemeriksaan akan dihantar terus kepada doktor yang merawat anda.

Rujukan

  1. http://kidshealth.org/parent/system/medical/xray_foot.html#
  2. http://www.footvitals.com/injuries/foot-xray.html
  3. http://www.radtechonduty.com/2012/09/ap-oblique-projection-medial-rotation.html
  4. http://orthoanswer.org/foot-ankle/fracture-foot-ankle/investigations.html
Advertisement