Kekurangan Iodin


- 23 Nov 16
View 599 : Today 1

Iodin merupakan mikronutrien yang digunakan oleh badan untuk membuat hormon tiroid (tiroksin, triiodothyronine) yang perlu bagi pertumbuhan normal, pembangunan dan metabolisme sepanjang hayat. Kekurangan iodin dalam diet dipanggil Penyakit Kekurangan Iodin (IDD).

Advertisement

Badan tidak boleh membuat iodin, oleh itu iodin adalah sutu nutrien yang penting dalam diet. Iodin ditemui dalam pelbagai jenis makanan (lihat Jadual 1). Jika kita mengalami kekurangan iodin, badan kita tidak boleh membuat hormon tiroid yang mencukupi.

Oleh itu, kekurangan iodin boleh menyebabkan pembesaran tiroid (gioter/beguk), hipotiroidisme dan kecacatan mental pada bayi dan kanak-kanak yang ibunya mengalami kekurangan iodin semasa mengandung.

Sumber Iodin Daripada Makanan
Keju
Susu lembu
Telur
Yogurt beku
Ais krim
Multivitamin yang mengandungi iodin
Garam yang mengandungi iodin
Ikan air masin
Rumpai Laut
Kerang
Susu soya
Kicap
Yogurt

 

Kekurangan iodin adalah perkara biasa, tetapi jika tidak dicegah dengan cepat, boleh menyebabkankerosakan otak. Daripada satu bilion orang – kira-kira 15 % daripada populasi dunia mengalami gangguan kekurangan iodin (IDD).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan pengambilan iodin yang optimum – diukur daripada kepekatan median (UI) iodin air kencing (urin) iaitu 100-199 μg/L.

dietary-iodine-thyroid

Kajian Kawalan dan Pencegahan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) Kebangsaan (1995) yang dijalankan dalam kalangan kanak-kanak sekolah yang berumur antara 8-10 tahun di seluruh Negara mendapati bahawa prevalen goiter(beguk) dalam kalangan kanak-kanak sekolah di Semenanjung Malaysia adalah 2.2% manakala Sabah adalah 17.9% dan di Sarawak adalah 0.4%.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang prevalen goiternya melebihi 5% dan hal ini menyebabkan keputusan dibuat untuk melaksanakan Program Pencegahandan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin (IDD) secara menyeluruh di negeri-negeri yang telah dikenalpasti bermasalah.

1286885126-600x560

Selain itu, pelbagai strategi dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah IDD di Semenanjung Malaysia.Program seperti agihan garam beriodin kepada ibu hamil dan kanak-kanak yang menghadapi masalah kekurangan zat makanan di Perlis dan daerah tertentu Kedah, Perak, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Di samping itu, usaha membasmi Gangguan Akibat Kekurangan Iodin turut menitikberatkan pendidikan serta runding cara pemakanan berkenaan kesihatan untuk meningkatkan taraf pemakanan golongan yang menghadapi IDD.

asd

PengukuranAnalisis iodin dalam air kencing merupakankaedah yang paling biasa untuk menilai sama ada parasiodin mencukupi untuk seluruh populasi.Hal ini demikian keranaOleh kerana lebih daripada 90% daripada iodin dalampemakanan dikumuhkan dalam air kencing. Oleh itu,kepekatan iodin dalam air kencing adalahmencerminkan pengambilan iodin seseorang.

Kaedah makmal yang digunakan untuk mengukur paras iodin di dalam air kencing adalah kaedahStandard Spectrophotometric dan Inductively Coupled Plasma–Mass Spectrometry (ICP-MS).

Advertisement