Keracunan Gas Klorin


- 24 Nov 16
View 368 : Today 1

Klorin mudah didapati di rumah sebagai bahan untuk cucian. Ia adalah bahan yang sering digunakan di dalam air minuman dan rawatan di kolam renang.

Advertisement

Serbuk atau cecair klorin seperti natrium hipoklorit (peluntur) boleh bertukar kepada gas jika dicampur dengan asid atau agen amonia.

Gas klorin adalah bahan ransangan kuat yang boleh menyebabkan masalah pernafasan. Di dalam kepekatan yang tinggi ia boleh menyebabkan kematian berikutan kerosakan yang teruk pada tisu paru-paru.

0bb9dd7b4df4f988375c64bc7c9817d4-1000x563x1

Punca keracunan adalah daripada:

  • kemalangan di rumah disebabkan oleh campuran peluntur dan agen asid
  • Kebocoran dari kenderaan yang membawa bahan tersebut
  • Kebocoran dari tangki simpanan seperti di loji rawatan air, loji rawatan kumbahan, dan kolam renang
  • Pelepasan dari operasi perindustrian peluntur
  • Perang kimia

port-lincoln_w1200

Bagaimanakah untuk mengetahui bahawa saya mengalami keracunan gas klorin?

Apabila pendedahan kepada gas klorin berlaku, anda akan mengalami gejala-gejala seperti berikut:

  • Batuk
  • Susah bernafas
  • Sakit dada
  • Rasa panas di dalam tekak
  • Mual atau muntah
  • Keradangan pada mata dan hidung
  • Tercekik
  • Perut tidak selesa
  • Sakit kepala

acidhypochloritegas500h

Apakah keadaan yang teruk boleh berlaku akibat dari keracunan gas klorin?

  • Pendedahan kepada tahap gas klorin yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada tisu peparu dan seterusnya mengakibatkan kematian.

Bagaimanakah saya dapat mencegah daripada keracunan gas klorin daripada berlaku kepada saya dan keluarga saya?

 

Perlu

  • Pastikan anda faham tanda-tanda amaran jika berlakunya kebocoran gas klorin.
  • Keluar dari kawasan terlibat dan dapatkan udara segar.
  • Pergi ke tempat tinggi, sebab gas klorin adalah lebih berat daripada udara dan akan mendap di kawasan yang lebih rendah.
  • Bertenang, jangan panik
  • Tanggalkan baju jika berlaku pencemaran yang teruk
  • Basuh bahagian badan dengan sabun dan air jika dicemari dengan bahan klorida
  • Berhenti merokok
  • Cuci mata dengan air selama 10 hingga 15 minit jika mata terasa pedih atau pandangan menjadi kabur.

Jangan/Tidak Perlu

  • Memasuki kawasan operasi atau tempat penyimpanan dengan tidak menggunakan pakaian keselamatan.
  • Bacuh peluntur dengan asid atau agen ammonia
  • Pergi ke tempat/kawasan yang lebih rendah semasa gas dilepaskan
  • Pakai semula kanta mata jika mata anda tercemar

Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami salah satu gejala yang disebutkan diatas.

asd

Daripada siapakah perlu saya dapatkan nasihat?

Keterangan lanjut boleh diperolehi dari doktor di;

Unit Kesihatan Alam Sekitar
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Putrajaya, Malaysia

Hiperlink

http://www.diseasesdatabase.com/umlsdef.asp?glngUserChoice=2423

http://www.emedicine.com/emerg/topic851.htm

http://www.bt.cdc.gov/agent/chlorine/basics/facts.asp

Advertisement