Ketahui Risiko Ketika Menggunakan Racun Kimia


- 25 Nov 16
View 354 : Today 1

Pengenalan

Advertisement

Encik Ali telah mengalami gatal-gatal pada tangan semasa menyembur racun makhluk perosak di kebunnya dengan menggunakan racun makhluk perosak. Kejadian sebegini amat lazim didengar menerusi berita di dada-dada akhbar, radio, dokumentari dan sebagainya.
Amalan pengendalian racun kimia yang tidak sempurna akan menyebabkan kemalangan seperti tumpahan, terpercik, letupan atau menjurus kepada penyakit-penyakit keracunan kimia.
Semua organisma hidup baik di darat mahupun di laut akan mendapat kesan jika terdedah kepada racun perosak.

 

 

kandungan-rokok

Kenali racun kimia

  • Pintu kemasukan bahan kimia ke dalam badan
    Terdapat  5 cara kemasukan bahan kimia ke dalam badan iaitu:
    1. Inhalasi : Merupakan cara kemasukan yang signifikan berbanding yang lain. Kimia dalam pelbagai bentuk seperti titisan, gas, wap, kabus akan memasuki alveoli paru-paru dan tersebar ke seluruh organ melalui sistem peredaran darah.
    2. Resapan kulit dan lapisan membran: Kimia dalam bentuk pepejal, cecair, wap, aerosol atau wasap boleh memasuki badan melalui resapan pada kulit. Resapan pada kulit juga dipanggil sebagai pendedahan dermal. Contoh phenol, aniline, nitrobenzene.
    3. Resapan melalui mata : Kimia dalam bentuk cecair, wap, gas, aerosol dan kabus boleh memasuki mata. Pelarut seperti toluene boleh menembusi lapisan luar mata dan menjalar ke dalam salur mata darah.
    4. Resapan melalui transplasental: fetus mendapat pendedahan kimia melalui pemindahan transplasental.  Kimia tersebut dipindahkan melalui saluran darah ibunya.
    5. Termakan/minum : Kemasukan melalui cara ini bukan merupakan kaedah utama.  Ianya selalu dikaitkan dengan tidak mengamalkan kebersihan diri.  Makan makanan dengan tangan yang tidak dibasuh selepas mengendalikan bahan kimia.

 

fetal

Bahan-bahan kimia yang memasuki tubuh badan akan masuk ke dalam sistem peredaran darah dan dibawa ke pelbagai seperti paru-paru, buah pingang, sistem saraf pusat, darah, kulit, jantung, hati.  Hati berperanan mendetoksifikasinya kepada produk yang tidak berbahaya. Proses pemecahan bahan kimia tersebut kepada bentuk lain (metabolism) akan menjurus kepada pembentukan kimia yang lebih toksik daripada asalnya. Sebagai contoh, alkohol berpotensi merosakkan hati.

  • Pintu keluar bahan kimia dari tubuh badan
    Bahan kimia dikeluarkan daripada tubuh badan melalui pelbagai cara seperti air kencing, najis, pernafasan, perpeluhan, laktasi.
  • Dua kategori bahan kimia
    Bahan kimia dipecahkan kepada dua kumpulan terbesar iaitu organik dan bukan organik.  Komponen kimia organik terdiri daripada karbon dan hydrogen. Kimia bukan organik pula tidak mempunyai komponen karbon.

 

spray

Kaedah pencegahan

  1. Penghapusan
    Gunakan produk yang kurang ketoksikannya. Gunakan pelarut yang berasaskan air sebagai ganti pelarut organik. Baca dengan teliti label dan arahan penggunaan setiap bahan kimia.
  2. Penggantian
    Menggantikan penggunaan ketoksikan tinggi kimia kepada ketoksikan yang rendah. Ini akan mengurangkan magnitud bahaya kepada pengguna.
  3. Kawalan kejuruteraan
    • Penggunaan peralatan mekanikal.
    • Penggunaan LEV pada sumber di mana bahan kimia digunakan.
    • Pengudaraan mekanikal atau semula jadi untuk mengurangkan kepekatan kimia tersebut pada persekitaran pekerja.
  4. Kawalan pentadbiran
    • Latihan menggunakan bahan kimia tersebut.
    • Menyampaikan maklumat kimia tersebut kepada kakitangan dengan cara latihan, risalah, Chemical Safety Data Sheet (CSDS), mewujudkan sistem kerja selamat (SOP).
    • Meletakkan papan tanda menunjukkan kawasan tersebut sedang mengendalikan bahan kimia.
  5. Alat lindung diri (ALD)Memakai ALD yang bersesuaian seperti overall, nitril glove, pelindung mata.

 

asd

Risiko Pendedahan

  • Berikut adalah kategori risiko pendedahan bahan kimia

    NO

    KATEGORI RISIKO

    KETERANGAN

    1 Akut Pendedahan bahan kimia toksik pada dos tinggi dengan faktor masa pendek. Akan mengakibatkan kesan segera seperti iritasi kulit
    2 Kronik Pendedahan berterusan/berulang bahan kimia toksik pada dos rendah, akan menyebabkan jangkitan seperti penyakit tibi.
    3 Sementara Kesan kesihatan akan hilang apabila pendedahan terhenti
    4 Kekal Kesan akan berkekalan walaupun pendedahan kepada bahan kimia terhenti.
    5 Setempat Bahan kimia memberi kesan kepada kawasan bahan itu memasuki badan.
    6 Sistemik Bahan kimia memasuki badan, diserap dan diedarkan ke pelbagai organ di dalam badan.

     

 

racun-padi

  • Berikut adalah kesan bahan kimia terhadap kesihatan:

    KESAN
    KESIHATAN

    KETERANGAN

    CONTOH

    Irititan Bahan kimia menghasilkan iritasi/inflamasi setempat ke atas kulit, mata hidung atau tisu sistem pernafasan.  Kesan selalunya sementara. Nitrogen oxides, sulfur dioksida, formaldehyde
    Sensitizer Bahan kimia mengakibatkan tindak balas alergik.  Kesan bergantung kepada kerentanan mangsa. Toluene di-isocyanate, nikel atau kromium kompaun
    Korosif Bahan kimia merosakkan tisu. Ramuan kimia yang mempunyai pH kurang dari 3 (asidik) atau lebih dari 13 (alkali) adalah menghakis. Asid sulfurik, sodium hidroksida
    Hepatotoxin Bahan kimia merosakkan hati. Karbon tetraklorid, kloroform
    Nepthrotoxin Bahan kimia merosakkan buah pinggang. Hidrokarbon berhalogen, lead, uranium, kadmium
    Neurotoksin Bahan kimia merosakkan sistem saraf pusat. Merkuri, karbon disulfida
    Narkotik Bahan kimia yang memberi kesan kepada sistem saraf pusat yang menjurus kepada maut. Asetone, xylene, kloroform, ethyl ether
    Karsinogen Bahan kimia yang menyebabkan kanser. Asbestos, arsenik, benzena
    Mutagen Bahan kimia yang menyebabkan kerosakan kekal pada sel DNA. Dioxin, merkuri, kloroprene, radiasi mengion.
    Teratogen Bahan kimia yang menyebabkan kecacatan kepada kelahiran dengan cara merosakkan janin semasa ia membesar di dalam rahim, terutamanya trimester pertama (3 bulan pertama). Plumbum, formamides, metil merkuri
    Asphyxiation Bahan kimia yang mengganggu tisu menyerap oksigen. Karbon dioksida, nitrogen, helium, karbon monoksida, hidrogen sianida

Advertisement