Kudis Buta (Scabies)


- 27 Nov 16
View 1,404 : Today 1

Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.

Advertisement

Perihal Sarcoptes Scabies :

  • Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
  • Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
  • Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
  • Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari.

Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau bagaimanapun, ianya cenderung berlaku ditempat-tempat tinggal yang sesak sepeti asrama dan rumah asuhan.

scabies-atau-kudis-buta-utk-pesakit-5-638

Apakah tanda-tanda dan gejala kudis buta?

Kudis buta biasanya berkait dengan :

  • Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
  • tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
  • Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
  • Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).

Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.

 

 

scabies-atau-kudis-buta-utk-pesakit-4-638

Kawasan yang biasa dijangkiti

Tempat-tempat yang biasa ialah:

  • Dicelah-celah jari.
  • Tapak tangan.
  • Bahagian dalam pergelangan tangan.
  • Kawasan-kawasan lain termasuk:
    • Kawasan kemaluan.
    • Punggung.
    • Sekitar pusat.
    • Celah-celah ketiak.
    • Siku.
    • Kaki dan buku lali.

scabies-atau-kudis-buta-utk-pesakit-2-638

Bagaimana ianya merebak?

Kudis buta senang merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui:

  • Sentuhan kulit ke kulit.
  • Menyentuh pakaian atau cadar yang dijangkiti (jarang)

 

scabies-atau-kudis-buta-utk-pesakit-8-638

Apakah rawatan untuk kudis buta?

Ubat-ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:

  • Losyen permethrin.
  • Krim gamma benzene hexachloride.
  • Losyen benzyl benzoate.
  • Losyen malathion.
  • Losyen atau krim crotamiton.

 

Dimana ianya disapu?

  • Daripada bawah dagu hingga ke hujung jari-jari kaki.
  • Semua kawasan yang terlibat, termasuk kawasan dicelah-celah jari, bawah kuku dan kemaluan.

 

Bagaimana ianya disapu?

  • Ubat-ubatan disapu dan biarkan semalaman sebelum membilasnya esok pagi.
  • Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

Pakaian dan cadar perlu dibasuh dengan air panas.

 

scabies-atau-kudis-buta-utk-pesakit-9-638

Semua ahli keluarga perlu dirawat pada masa yang sama, tidak kira sama ada mereka ada rasa gatal atau tidak.

Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan berhasil. Ubat-ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan untuk beberapa minggu.

 

Pencegahan dari merebak kepada orang lain

  • Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah / tempat asuhan sehingga selesai rawatan.
  • Rawat seluruh ahli keluarga serentak.
Advertisement