Malaysia Merekodkan Kes Cerai Yang Amat Tinggi

Mengikut statistik, dalam tempoh enam tahun lalu, sebanyak lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai institusi keluarga Islam di negara ini.

Melihat pada rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu.

Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.

Selain itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima tahun lalu juga menunjukkan peningkatan begitu ketara iaitu daripada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik sebanyak 10,121 kes.

cerai

 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kebanyakan kes perceraian yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke bawah.

“Kajian menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah iaitu 37.2 peratus bagi wanita dan 35.4 peratus bagi lelaki.

“Keadaan ini secara tidak langsung memberi petunjuk bahawa tempoh lima tahun merupakan jangka masa yang sangat penting kepada pasangan dalam mengharungi bahtera perkahwinan,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Melalui perkongsian di laman facebook milik akaun Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang menyatakan penceraian yang terhasil akibat perkara remeh biasanya lahir dari perkara yang besar iaitu, suami isteri tidak solat dan tidak mencantikkan amalan fardhu, gersang pula dari amalan sunat, yang mengakibatkan hati menjadi kosong, nafsu kuasai diri,.

Ditambah lagi, Minda hanya pentingkan dan fikir tentang diri, Apa yang baik terhijab yang buruk terzahir,
Nafsu amarah meningkat sukar dikawal, Emosi tenggelami rasional, Hati hilang rasa puas,
Tiada syukuri nikmat hanya kufuri, Kehidupan hilang berkat lalu hal remeh terlihat besar sehingga memutuskan ikatan pernikahan”katanya ketika ditanya punca penceraian berlaku di Malaysia.

Berikut adalah tanda kes remeh temeh yang mengakibatkan berlakunya kes cerai:

cerai-1

 

[alert-announce]Baca juga – Media Sosial Boleh Menjadi Penyebab Penceraian[/alert-announce]