Kelayakan Pendermaan Darah (Bahagian 1)


- 27 Nov 16
View 283 : Today 1

Darah yang selamat dari penderma darah yang sihat.

Advertisement

Di Malaysia, darah yang diperolehi adalah dari penderma ikhlas secara sukarela. Kriteria kelayakan pendermaan darah diujudkan bertujuan untuk memastikan hanya penderma darah yang berkelayakan sahaja dibenarkan untuk menderma darah.

Ini bertujuan untuk memastikan proses pendermaan darah adalah selamat dan tidak memudaratkan penderma itu sendiri. Seseorang individu yang berhasrat untuk mendermakan darah mereka tetapi tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai penderma darah, tidak akan dibenarkan untuk mendermakan darah mereka.

Prosidur untuk tidak melayakkan penderma tersebut menderma darah dikenali sebagai “deferral”atau terjemahannya deferal. Secara globalnya, kadar deferal adalah berbeza dari sesebuah pusat darah ke pusat darah yang lain, dan adalah di antara 5 hingga 25%. Di Malaysia juga kadar deferal berbeza dari setiap pusat kutipan darah juga adalah pada kadar yang sama.

blood-donation-4

Apakah itu deferal pendermaan darah?

Ia bermakna penderma tersebut tidak layak untuk mendermakan darah mereka. Deferal ini boleh berlaku semasa proses pendaftaran sebagai penderma darah, semasa menjalankan ujian pra-pendermaan darah, selepas sessi temubual pra-pendermaan darah ataupun sejurus sebelum prosidur pendermaan darah dilakukan oleh kakitangan terlatih.

5_simple_steps

Berapa lamakah tempoh deferal yang dikenakan keatas penderma darah ?

Tempoh deferal yang harus dilalui oleh seseorang individu yang ingin menderma itu bergantung kepada sebab-sebab mengapa individu yang ingin menderma itu tidak layak untuk menderma darah.

Terdapat dua tempoh deferal yang dilalui oleh penderma-penderma darah , iaitu tempoh sementara dan tempoh kekal.

Tempoh deferal sementara boleh sesingkat 1 hari sehingga 2 tahun, manakala deferal kekal bermaksud penderma darah tersebut tidak layak untuk menderma darah sepanjang hayat mereka bermula dari tarikh tidak layak tersebut.

blood-donation-blood-group-types-receivers-and-givers

Apakah sebab-sebab deferal sementara?

Beberapa contoh sebab-sebab deferal sementara yang ditemui ialah paras hemoglobin yang rendah (kurang darah), situasi dimana penderma mengalami tekanan darah rendah ataupun tekanan darah tinggi, berat badan yang kurang daripada 45 kg, sedang dalam rawatan penyakit yang memerlukan mengambil ubat seperti antibiotik, aspirin dll, selepas penerimaan vaksinasi, mengalami jangkitan kuman seperti selsema dan denggi, menjalani pembedahan (major atau minor) dan prosidur seperti rawatan gigi, tattoo ataupun prosidur akupuntur.

Di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur, kadar deferal penderma darah adalah sebanyak 15% hingga 20% daripada jumlah penderma darah yang mendaftar sebagai penderma setiap tahun, dan kebanyakannya (90%) daripada jumlah ini merupakan penderma yang tidak layak menderma untuk tempoh yang singkat (deferal sementara).

Paras hemoglobin yang rendah merupakan sebab utama penderma tidak layak menderma diikuti oleh penderma yang mengalami tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.

blood-bag-1132x670

Apakah sebab-sebab deferal kekal?

Penderma darah yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit dalam darah, sakit jantung, dan golongan penderma-penderma yang berisiko tinggi (individu yang bertukar-tukar pasangan seks, penagih dadah secara suntikan, pelacur dan individu yang melanggani pelacur, lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki yang lain) tidak akan dibenarkan menderma darah sama sekali (Deferal secara kekal).

Sebanyak 10% daripada kes-kes penderma deferal adalah deferal kekal. Kebanyakan daripada deferal kekal adalah disebabkan individu berisiko tinggi dan sejarah lawatan ke United Kingdom atau Eropah dalam tempoh masa yang ditetapkan.

5cr9q97ca

Individu yang pernah melawat atau mendiami di United Kingdom (England, Norther Ireland, Wales, Scotland, the Isle of Man, Channel Island) selama tempoh 6 bulan atau lebih dari 1 Januari 1980 sehingga 31 Disember 1996 adalah tidak layak menderma (deferal kekal).

Deferal kekal juga akan dikenakan ke atas individu yang pernah melawat atau mendiami di Eropah Barat (Austria, Belgium, Denmark, Finland, France, Germany, Greece, Holland, Iceland, Republic of Ireland, Italy, Liechtenstein, Luxembourg, Norway, Portugal, Spain, Sweden, Switzerland) dari 1980 sehingga sekarang selama tempoh 6 bulan atau lebih.

Sambungan : Kelayakan Pendermaan Darah (Bahagian 2)

Advertisement