Kelayakan Pendermaan Darah (Bahagian 2)

Artikel ini merupakan sambungan daripada : Kelayakan Pendermaan Darah (Bahagian 1)

Advertisement

Bolehkah saya menilai kelayakan saya sebagai penderma darah?

Boleh. Kriteria pendermaan darah boleh dibaca melalui poster dan carta alih yang dipamirkan di ruang pendaftaran pendermaan darah di pusat-pusat kutipan ataupun kempen derma darah yang diadakan maupun melayari laman web Pusat Darah Negara : www.pdn.moh.gov.my

Proses ini dikenali sebagai self derral di mana individu yang tidak memenuhi kriteria pendermaan darah atau menyedari bahawa darahnya sendiri berpotensi menjangkiti penerima darah dan membuat keputusan supaya tidak menderma darah pada waktu itu.

Individu dalam golongan risiko tinggi yang dinyatakan diatas adalah dinasihati untuk tidak meneruskan niat untuk menderma darah mereka demi menjamin keselamatan bekalan darah dan kemungkinan menjangkiti pesakit yang menerima pemindahan darah tersebut.

donate-blood-save-lives-2-638

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tetap menderma darah walaupun tidak layak?

Individu yang tidak memenuhi kriteria pendermaan darah (contohnya kurang paras hemoglobin, tekanan darah rendah) mungkin akan mengalami kesan sampingan dari pendermaan darah seperti sakit kepala, pening atau pitam.

Individu yang tidak layak menderma untuk tempoh masa sementara adalah dinasihati dan digalakkan supaya kembali selepas tamat tempoh deferal tersebut.

Individu dalam golongan berisiko tinggi mempunyai potensi untuk menularkan penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B, Hepatitis C atau Syphilis kepada pesakit yang menerima darah tersebut. Darah itu tercemar sekiranya penderma mendermakan darah mereka dalam tempoh window period.

Ini kerana ujian saringan yang digunakan kini tidak berupaya untuk mengesan jangkitan tersebut dalam tempoh window period ini. Unit darah tersebut melepasi ujian saringan yang dijalankan dan digunakan untuk tujuan pemindahan darah berpotensi untuk menjangkiti pesakit.

banner1

Apakah yang akan berlaku sekiranya saya tidak mendedahkan maklumat seperti amalan risiko tinggi dan meneruskan pendermaan darah?

Seseorang penderma darah yang tidak mendedahkan maklumat yang dianggap penting seperti amalan risiko tinggi boleh mendatangkan banyak mudarat. Setiap unit darah yang didermakan boleh menyelamatkan sebanyak 3 nyawa apabila darah tersebut diproses kepada 3 komponen darah yang berbeza.

Jadi jika pendermaan darah tersebut berlaku dalam tempoh window period penderma, maka darah tersebut berpotensi menjangkiti 3 pesakit yang berbeza pada satu-satu masa.

Penderma darah dalam golongan berisiko tinggi perlu memahami kemungkinan kemudaratan yang akan dihadapi oleh pesakit-pesakit. Setiap penderma darah perlu mempunyai rasa penuh tanggungjawab dan beretika kepada pesakit-pesakit yang bakal menerima pemindahan darah yang telah mereka dermakan.

Penderma-penderma darah yang didapati memberikan pengakuan yang tidak benar berkaitan dengan tingkah laku dan gaya hidup mereka yang berisiko tinggi boleh didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

blood-drive-sitebox

Apakah implikasi deferal pendermaan darah ke atas penderma darah dan bekalan darah?

Deferal sementara memberikan impak negatif kepada penderma darah. Kajian telah menunjukkan bahawa penderma darah yang tidak memenuhi kriteria kelayakan pendermaan darah (deferral sementara) mempunyai kurang kecenderungan untuk kembali menderma darah berbanding dengan penderma darah yang layak dan telah mendermakan darah mereka.

Adalah penting supaya penderma darah yang tidak layak untuk menderma (deferal sementara) diberikan penerangan dan nasihat yang terbaik supaya mereka akan kembali semula untuk menderma darah setelah tempoh deferal tersebut tamat.

donate-blood-save-life-10-beautiful-drawings-pictures-on-blood-donation-8

Deferal kekal pula boleh membawa kesan psikologi, dan kadang kala boleh menyebabkan perasaan seperti penolakan, kekeliruan, ketakutan, ketidakpercayaan, kemarahan, stigma dan kehilangan pada penderma itu sendiri.

Perlu ditekankan bahawa tujuan deferal adalah untuk menjaga kepentingan dan keselamatan penderma dan juga pesakit.Kefahaman yang tinggi dari pihak penderma akan memudahkan penerimaan situasi dimana penderma tersebut tidak boleh menderma untuk tempoh kekal.

Penderma yang terlibat ini akan diberi kaunseling secara professional oleh kakitangan yang terlatih dan kompeten supaya penderma darah boleh memahami tujuan dan mengapa mereka tidak dibenarkan menderma.

Kriteria kelayakan pendermaan darah juga dikaji dan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk menambahbaik kriteria kelayakan pendermaan darah dan mengelakkan pihak kutipan darah kehilangan penderma berpotensi tanpa sebab yang kukuh.

blooddonation

Di manakah boleh mendapat lebih maklumat?

Kriteria kelayakan pendermaan darah boleh diketahui dengan melayari laman web Pusat Darah Negara. Sila kunjungi www.pdn.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kriteria kelayakan pendermaan darah.

Kriteria kelayakan pendermaan darah juga terkandung di dalam Transfusion Practice Guidelines for Clinical and Laboratory Personnel, di laman web Pusat Darah Negara.

Advertisement