Suasana Mewah Dalam Penerbangan Kelas Pertama

Pernah tak anda bayangkan terbang ke destinasi percutian idaman menaiki kelas penerbangan paling mewah di dunia? Tak dapat bayangkan? Korang mesti kagum atau mungkin juga ternganga melihat ruang dalamannya.

Foto ini dirakamkan oleh jurugambar Marina Lystseva yang diberi peluang meninjau ruang dalam kapal terbang Airbus A380 milik Etihad Airways yang diubah suai untuk menempatkan kelas penerbangan paling mewah di dunia.

Sekiranya anda bergelar jutawan, ini mungkin salah satu cara untuk menghabiskan wang anda yang banyak tu.

 

etihad1

Mempunyai ruang yang canggih, penumpang diibaratkan berada dalam sebuah apartmen moden sepanjang penerbangan. Airbus A380 ini mempunyai dua tingkat dan dibahagikan kepada empat kelas iaitu ekonomi, bisnes, kelas pertama dan residen. Kelas paling mahal terletak di tingkat atas.

 

etihad2

Suite residen untuk dua penumpang terletak berhampiran tangga. Suite ini mempunyai tiga ruang iaitu, ruang tamu, bilik tidur dan bilik air. Penumpang di kelas ini dilayan ‘tip top’ oleh krew yang dilatih khusus di hotel London Savoy.

 

etihad3

Kos suite ini untuk penerbangan dari Abu Dhabi ke London berharga 77,000 dirham UAE ($21,000 dollar) OMG! 

 

bedroom

Siap ada katil queen size untuk tidur.

 

etihad4

Ini suite untuk kelas pertama, ringkas tapi harga tiketnya antara 31,000-36,000 dirham UAE atau $8,400-$9,800 dollar.

 

etihad5

Boleh baring dengan selesa sepanjang penerbangan. Nampak tak dinding pembahagi ruang tu, ia boleh dilaras jika mahu bersembang dengan penumpang sebelah.

 

etihad6

Ini bilik air untuk kelas pertama. Tengok lantai siap ada kemasan jubin lagi.

 

etihad7

Ini pula disediakan untuk penumpang kelas bisnes. Ada ruang sendiri dan kerusi boleh diubah menjadi katil dengan menekan satu butang saja.

 

etihad8

Ruang untuk penumpang kelas bisnes bersantai, sembang sambil minum.

 

etihad9

Kelas ekonomi pun selesa juga.

 

etihad10

Akhir sekali, Kabin juruterbang.

 

Macam mana menarik kan. Sesuai dengan harganya. Kalau di Malaysia harga tiket untuk kelas residen dan pertama itu boleh beli sebuah kereta.

 

Sumber