Rambut Gugur

Apakah pertumbuhan rambut yang normal?

Rambut tumbuh sebanyak 1cm setiap bulan. Ia tumbuh mengikut kitaran yang dibahagikan kepada 3 fasa.

  • Fasa pertumbuhan (Anagen) berakhir sehingga 2 – 6 tahun
  • Fasa segenerasi separa (Catagen) berakhir sehingga 10 -14 hari
  • Fasa rehat (Telogen) berakhir sehingga 2 – 3 bulan di mana rambut akan gugur seterusnya

Jangka hayat rambut adalah lebih kurang lima tahun.

 

rambut-gugur

Berapa banyak rambut harus gugur setiap hari?

Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi berada dalam fasa rehat.

Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari.

 

webmd_rf_photo_of_man_applying_minoxidil

Apa yang menyebabkan keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?

Keguguran rambut yang teruk atau botak (alopecia) boleh berlaku:

  • Selepas melalui keadaan yang tertekan/stres seperti:
    • Sakit yang serius
    • Pembedahan besar
    • Selepas bersalin

Ia berlaku di antara 3 hingga 4 bulan selepas melalui keadaan tersebut di mana rambut akan berhenti tumbuh dan terus memasuki fasa rehat. Ini dipanggil Teloger Effluvium.

 

hair-loss-man

Rambut gugur

  • Masalah hormon
    • Penyakit kelenjar tiroid
  • Disebabkan penyakit seperti penyakit Sistemik Lupus Erythematosus
  • Kesan sampingan ubatan seperti
    • Ubat Antikogulasi (warfarin)
    • Ubat merawat kanser (kemoterapi)
    • Pil perancang keluarga (kontraseptif secara oral)
    • Ubat anti-kemurungan
  • Alopecia Androgenik
    • Botak mengikut corak lelaki adalah:
      • Penyebab yang biasa bagi lelaki ialah disebabkan oleh keturunan
      • Keadaan ini boleh berlaku seawal umur dua puluhan
      • Rambut mula botak di bahagian anak rambut bahagian hadapan dan atas kepala
    • Botak mengikut corak wanita:
      • Berlaku kepada wanita yang mempunyai kecenderungan genetik/keturunan
      • Rambut menjadi semakin nipis di seluruh kepala terutamanya di bahagian atas kepala
  • Penyebab lain keguguran rambut yang teruk ialah:
    • Jangkitan – jangkitan kulat, biasanya berlaku pada kanak-kanak
      • Keguguran rambut berlaku tidak sekata
  • Alopecia Areata. Ini terjadi disebabkan oleh penyakit auto imun di mana liang rambut dimusnahkan oleh sel pesakit sendiri
    • Ia boleh menyebabkan tompokan-tompokan botak
    • Ia boleh menyebabkan botak di keseluruhan kepala (Alopecia totalis)
    • Ia boleh mengakibatkan botak di keseluruhan rambut kepala, kening, ketiak dan bulu di kemaluan. (Alopecia Universalis)
  • Trichotillomania ialah masalah psikologi yang mendorong individu menarik rambut mereka
    • “Ia biasanya dialami oleh remaja perempuan berbanding lelaki
    • Ia dikaitkan dengan masalah kemurungan

 

wpid-stop-men-hair-loss

Apa yang perlu saya buat jika saya menghadapi masalah keguguran rambut yang teruk dan tidak normal?

Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

  • Jika masalah rambut gugur disebabkan oleh stres, jangan bimbang kerana ia hanya sementara dan rambut akan tumbuh semula
  • Penyiasatan untuk mengesahkan penyakit lain seperti penyakit tiroid dan SLE perlu dilakukan untuk rawatan
  • Jangkitan kulat boleh dirawat menggunakan ubat anti-kulat
  • Ubat dapat membantu dalam beberapa situasi
    • Contohnya, minoxidil dalam bentuk topikal 2% dan 5% dapat memperlahankan atau mencegah masalah botak mengikut corak lelaki atau wanita
    • Tablet finasteride dapat membantu masalah botak pada lelaki
  • Terapi psiko logikal diperlukan untuk rawatan Trichotillomania