Perlukah Saya Ke Gimnasium?

Perlukah saya ke gimnasium? Tidak dinafikan terdapat beribu gimnasium di luar sana yang menawarkan pelbagai pakej kepada pelanggan mereka. Malah ia terdapat di dalam kompleks membeli-belah yang besar. Kemungkinan besar orang ramai mula sedar akan kepentingan mengenai kesihatan diri dan ingin mengamalkan gaya hidup sihat.

 

gimnasium

Senaman penting bagi mendapatkan kesihatan yang optimum, mengekalkan berat dan mengurangkan tekanan. Melakukan senaman mempunyai banyak faedah yang tidak dapat dinafikan.

Mengadakan masa untuk menjadi sihat adalah satu keputusan yang bijak yang tidak akan disesali di kemudian hari.

Terdapat dua pilihan apabila anda berfikir untuk memulakan senaman. Samada anda ingin menyertai institusi kecergasan seperti gimnasium atau kelab sukan mahupun melakukan sendiri melalui aktiviti luar atau senaman di rumah.

Senaman yang berterusan dikaitkan dengan pelbagai faedah kesihatan. Sedikit aktiviti fizikal adalah lebih baik dari tiada aktiviti langsung. Bagi faedah kesihatan yang ketara, orang ramai harus melibatkan diri sekurang-kurangnya 150 minit dalam seminggu aktiviti aerobik berintensiti sederhana.

 

15440551-energetic-group-working-out-together-in-a-gym-on-elliptical

Di antara faedah kesihatan jika melakukan senaman secara berterusan:

  • mengawal dan membantu mengurangkan berat badan
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • mengurangkan risiko diabetes jenis 2 dan sindrom metabolik
  • mengurangkan risiko sesetengah barah
  • menguatkan tulang dan otot
  • menyihatkan kesihatan mental
  • meningkatkan keyakinan diri
  • memanjangkan jangka hayat

 

Terdapat lebih banyak faedah kesihatan yang tidak disebutkan di sini. Pelbagai kajian saintifik telah membuktikannya.

Aktiviti aerobik seperti jogging, berlari dan berbasikal membuatkan anda bernafas lebih deras dan degupan jantung meningkat.

Aktiviti rintangan seperti mengangkat berat dan menggunakan getah rintangan membuatkan otot anda semakin kuat.

 

 

man-working-out-gym

Kehidupan bahagia merupakan kehidupan yang sihat. Ramai orang berfikir melalui penyertaan ke gimnasium boleh membantu mereka menjadi cergas dan sihat dalam jangkamasa yang pendek.

Sementara itu ada yang berfikiran mereka yang menyertai gymnasium hanyalah mereka yang mempunyai wang dan masa yang lebih.

 

Berikut merupakan contoh soalan untuk difikirkan apabila memilih gimnasium:

  • Bilakah waktu operasinya?
  • Berapakah yuran keahlian? Adakah terdapat pakej istimewa yang ditawarkan?
  • Bagaimana dengan kitaran bayaran dan adakah anda boleh membayarnya dahulu?
  • Apa yang anda perlu lakukan untuk menamatkan keahlian?
  • Adakah staf mempunyai sijil yang sah dan dilatih untuk mengendalikan situasi kecemasan?
  • Adakah gimnasium itu lengkap dengan peralatan yang pelbagai?
  • Adakah peralatannya diselenggara dengan baik?
  • Adakah mereka mempunyai saringan kesihatan sebelum memulakan senaman
  • Adakah terdapat yuran tambahan?
  • Adakah saiz kelas terhad?
  • Adakah mereka mempunyai ujian komposisi badan?
  • Peralatan manakah yang selalu digunakan?
  • Sejauh mana kebersihan gimnasium itu?

 

asd

Berikut merupakan kelebihan menyertai gimnasium:

  • Fasiliti mempunyai peralatan yang lengkap dan terkini seperti treadmil, basikal statik dan mesin gim pelbagai pemberat.
  • Sesetengah gimnasium mempunyai akses ke pelbagai kemudahan seperti kolam renang, studio tarian dan sauna. Ini memberi anda pelbagai aktiviti yang berlainan semasa sesi senaman bagi mengelakkan dari kebosanan.
  • Gimnasium juga menyediakan pelatih peribadi, instructor atau ahli gimnasium lain yang anda boleh dapatkan bantuan atau nasihat. Sesetengah gimnasium juga mempunyai pakar nutrisi, terapis fizikal, instructor yoga dan juga pengajar aerobik.
  • Menyertai gimnasium adalah lebih baik dari mempunyai peralatan di rumah anda. Peralatan bagi gimnasium terlalu mahal dan akan memerlukan kos yang tinggi.
  • Di gimnasium juga merupakan tempat untuk mengenali sesama ahli yang lain, berkongsi pengalaman mengenai senaman, bersosial dan berjumpa kawan baru.
  • Cuaca buruk boleh menjadi alasan untuk tidak melakukan senaman di luar. Anda bernasib baik masalah ini tidak timbul jika anda menyertai gym.
  • Suasana di dalam gimnasium juga mendorong anda untuk bersenam kerana ahli yang lain juga menyertainya atas satu tujuan iaitu untuk bersenam dan mengekalkan kesihatan.

 

workoutpartner

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan jika anda menyertainya:

  • Kekurangan yang paling ketara menyertai gimnasium adalah kos yang tinggi. Selain dari yuran keahlian, terdapat juga yuran biasa. Jika anda mengupah pelatih peribadi, yuran akan bertambah lagi. Sesetengah gimnasium juga mengenakan bayaran bagi loker simpanan serta terdapat bayaran parkir terutamanya jika ianya terletak di kompleks membeli-belah dan blok pejabat.
  • Satu masalah lagi adalah masa serta lokasi. Masa yang lebih diperlukan jika hendak ke gimnasium dan memerlukan sedikit usaha.
  • Sesetengah orang memerlukan privasi ketika melakukan senaman.
  • Terdapat juga persoalan mengenai ketersediaan peralatan gymnasium terutamanya ketika waktu puncak di mana orang akan berebut untuk menggunakan peralatan yang sama.

 

get-in-shape

 

Jika anda terfikir untuk menyertai gymnasium, ini ada sedikit tips untuk panduan anda:

  • Cari gimnasium yang senang untuk anda yang tidak memerlukan anda pergi jauh atau yang anda tidak kisah di mana untuk anda memandu.
  • Pastikan waktu operasi selesa untuk anda bersenam dan tidak terkejar dengan waktu. Jika tidak anda akan membazirkan wang anda kerana tidak menggunakan sepenuhnya fasiliti tersebut. Pilihan terbaik adalah yang dibuka 24 jam sehari.
  • Yuran adalah senarai yang paling penting. Berapa banyak wang yang akan dihabiskan? Adakah wang anda berbaloi? Anda ingin memastikan supaya wang yang dikeluarkan digunakan sebaiknya.
  • Pastikan anda membayar sekadar apa yang sepatutnya dibayar. Anda perlu mencari apa ciri-ciri tambahan yang datang bersama keahlian dan apa yang perlu dibayar.
  • Pastikan anda menggunakan percubaan percuma jika ada. Kemudian buat keputusan dengan bijak.
  • Satu lagi perkara ialah melihat pada syarat keahlian yang melibatkan kontrak jangka masa panjang. Katakan di pertengahan tempoh keahlian anda tidak menyukai gimnasium tersebut atau tidak dapat pergi. Anda sudah tidak dapat menamatkan kontrak tersebut dan akan terpaksa membayar tanpa menggunakannya.
  • Pastikan gimnasium mempunyai ruang yang luas dan mempunyai banyak peralatan. Ketika waktu kemuncak, anda tidak mahu beratur untuk menggunakan peralatan kerana ramai orang.
  • Adakah terdapat staf yang melakukan pembersihan dan mengelap peralatan? Jika tempat tersebut kelihatan tidak kemas, anda pasti mahu membuat penilaian sekiranya anda tidak boleh melihat kekotoran itu setiap hari. Bagi kebanyakan orang, gimnasium yang kotor membuatkan minat kita kurang.
  • Peralatan yang anda guna mestilah dalam keadaan yang baik. Lihat sekeliling bagaimana cara staf mengendalikan peralatan tersebut. Adakah mereka menjatuhkan dumbbell ke atas lantai? Adakah mereka menghempaskan pemberat mesin ke bawah setelah habis menggunakan? Jika anda melihat semua ini, sila berjaga-jaga dengan gimnasium dan peralatan tersebut.
  • Jenis orang manakah yang bersenam di dalamnya? Pastikan anda rasa selesa bersenam dengan orang di persekitaran anda. Adakah ramai lelaki atau wanita? Adakah terdapat sempadan antara mereka?
  • Cari gymnasium dengan persekitaran yang terang, menceriakan anda dan memotivasikan anda untuk bersenam. 

     

  • Sebelum anda menyertai keahlian gimnasium, sila pertimbangkan segala yang telah disebutkan di atas. Bila anda berada di sana, jangan takut untuk bertanyakan soalan. Akhir sekali, anggaplah keahlian di gymnasium anda itu satu pelaburan ke arah kesihatan yang lebih baik.