Rawatan Kecemasan Melecur

Anatomi kulit

Kulit terbahagi kepada 3 lapisan:

  • Epidermis (lapisan luar)
  • Dermis
  • Tisu bawah kulit

798b1eca7589ec95df225b26c96afe7e

Apakah fungsi kulit?

Melindungi tubuh daripada virus dan bakteria. Deria rasa:

  • Sentuhan
  • Sakit
  • Tahanan

Mengekalkan suhu badan.

 

asd

Apakah yang dimaksudkan dengan melecur?

Melecur atau kebakaran tahap pertama merupakan tahap tidak serius di mana ia hanya melibatkan lapisan luar kulit (epidermis). Kulit yang melecur akan berwarna merah. Kadang kala ia membengkak dan rasa sakit.

 

luka

Apa yang perlu anda lakukan?

Periksa tahap kulit yang melecur. Jika ia hanya terkena pada diameter 2-3 inci, ikut langkah-langkah berikut.

seconddegree_burn-300x225

Tindakan

  • Sejukkan kawasan yang melecur
  1. Alirkan air selama 15 minit di kawasan yang melecur. Jika langkah ini tidak berhasil, rendam di dalam air yang sejuk atau gunakan bahan penyejuk
  2. Menyejukkan kulit yang melecur dapat mengurangkan bengkak dengan menghilangkan rasa panas pada kulit. Jangan letak ais pada kulit yang melecur

  • Sapukan losen
  1. Jika kawasan yang melecur telah sejuk, sapu losen yang mengandungi aloe Vera, antibiotik atau pelembap. Ia akan mengurangkan kulit kering dan buat anda rasa lebih selesa

  • Balut kulit yang melecur menggunakan pembalut yang telah disteril
  1. Jangan guna kapas, ia akan menyakitkan kulit
  2. Balutan hendaklah secara longgar bagi mengelakkan tekanan pada kulit yang melecur
  3. Ia bertujuan mengelakkan daripada terkena udara, dapat mengurangkan rasa sakit dan melindungi kulit yang melecur

  • Makan ubat penahan sakit
  1. “Paracetamol” dan “mefanamic acid”
  2. Melecur yang ringan boleh sembuh dalam masa seminggu hingga 2 minggu tanpa sebarang rawatan
  3. Dapatkan rawatan jika terdapat sebarang tanda-tanda jangkitan seperti bertambah sakit, kemerahan, demam, bengkak atau berair

luka-melecur-tahap-2

AMARAN!!!

Jangan guna ais. Meletakkan ais di tempat yang melecur boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kulit.

Jangan pecahkan kulit yang menggelembung. Cecair di dalam gelembung berfungsi untuk melindungi daripada jangkitan. Jika gelembung pecah, basuh kawasan tersebut menggunakan sabun dan air, sapu ubat antibiotik dan balut dengan kain yang disteril. Cuci dan ganti pembalut setiap hari.

 

Jumpa doktor sekiranya:

Kawasan melecur bertambah besar. Melibatkan bahagian lain seperti mata, telinga, sendi dan lain-lain.