Pernahkah Anda Berfantasikan Wanita Lain Ketika Berhubungan Seks?


- 1 Dec 16
View 3,600 : Today 1

Secara umumnya, perkara ini adalah normal kerana otak lelaki sememangnya aktif jika memikirkan tentang subjek yang berkaitan dengan seks. Ini yang dinamakan permainan nakal dalam minda lelaki.

Advertisement

Ramai yang beranggapan bahawa fantasi ini akan menyebabkan perasaan bersalah menghantui anda dan seterusnya boleh membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Namun persoalannya, apakah yang menyebabkan anda berbuat demikian?

image

Sudah tiba masa untuk anda membongkarkan masalah ini dan menyelesaikannya secara rundingan bersama pasangan anda.

Adakah mungkin perhubungan anda berdua semakin renggang akibat keperluan kerja dan tugas masing-masing sebagai ibu-bapa? Jika benar maka anda berdua perlu melakukan sesuatu untuk menghabiskan masa bersama.

fantasy

Ataupun mungkin anda berdua inginkan sesuatu yang berlainan kerana sering melakukan rutin yang serupa setiap kali berhubungan seks. Anda mungkin dambakan adegan ranjang yang hebat bagaikan filem yang anda tonton.

Jadi ubahlah rutin seks anda untuk mengembalikan semula mood tersebut. Jika ransangan secara fizikal tidak berkesan, anda boleh menggunakan ransangan secara lisan untuk menyebabkan pasangan anda ghairah tiba-tiba.

1470743417644

Ataupun lebih baik jika anda kongsikan fantasi anda bersama pasangan agar anda berdua beroleh manfaat daripada mempelajari tentang rahsia seks terdalam masing-masing.

Inilah cara terbaik untuk anda mengenali diri dan naluri seks masing-masing dengan berkesan.

Oleh itu apa tunggu lagi, telefon pasangan anda dan mula berjanji temu dan bercerita mengenai fantasi seks anda. Mana tahu jika fantasi tersebut turut mengghairahkan pasangan anda juga dan membawa kepada kenikmatan seks yang tidak mampu untuk digambarkan dengan kata-kata.

Advertisement