Tarikan Seks Di Tempat Kerja – Bagaimana Untuk Mengatasinya


- 1 Dec 16
View 2,329 : Today 5

Terdapat segelintir yang kerap terperangkap dengan gangguan seksual di tempat kerja. Mungkin ada di kalangan anda yang berpangkat majikan mahupun pekerja, tidak lari dari mengalami perkara tersebut.

Nafsu amat sukar untuk dibendung namun jika sampai kepada tahap melakukan seks sesama rakan sekerja atau antara pekerja dan majikan, ia sudah menjadi salahlaku seks yang besar dan boleh dijatuhkan hukuman yang berat.

Advertisement

o-workplace-sexual-harassment-facebook

Sebagai lelaki, anda harus menjaga pergaulan anda dengan rakan sekerja yang berlainan jantina bukan sahaja dari gerak geri anda, malahan pandangan anda juga harus dijaga.

Jangan sekali-kali berkongsikan hal-hal berkaitan rumah tangga dengan rakan sekerja wanita – ia sebaliknya boleh membuka pintu-pintu kecurangan tanpa anda menyedarinya. Bataskan bergaulan anda dan bersikap professional.

is-it-often-that-sex-at-work-leads-to-marriage-1

Tundukkan pandangan dengan mereka yang berlawanan jantina kerana kadangkala cara pemakaian mereka juga boleh meransang nafsu lelaki anda untuk ke arah yang tidak sepatutnya. Bataskan pandangan anda dan tumpukan kepada pekerjaan anda sebaliknya.

Elakkan dari berdua-duaan di dalam pejabat tidak kira ketika tamat waktu bekerja atau pun ketika waktu rehat. Sebaliknya keluar dari pejabat dan duduk di mana-mana restoran untuk menyelesaikan kerja anda.

nintchdbpict000248610674

Anda sendiri juga harus tahu membezakan yang mana baik atau tidak kerana ia boleh dikategorikan sebagai melanggar etika kerja jika bermain cinta sesama rakan sekerja. Jika terdapat sebarang aktiviti gangguan seksual, laporkan pada pihak yang berkenaan untuk mengelakkannya bertukar menjadi lebih serius.

Advertisement