5 Cara Bagaimana Untuk Mendapatkan Lebih Seks Bersama Pasangan

Baik semua kaum lelaki, berhentilah membuat aduan dan merungut kerana ia tidak mungkin dapat menjernihkan keadaan bersama isteri anda. Sebaiknya, jika anda benar-benar ingin mendapatkan lebih seks bersama isteri anda, lakukanlah inisiatif untuk merubah keadaan perhubungan itu.

Perhubungan berubah mengikut peredaran masa dan begitu juga dengan isteri anda yang mungkin mahukan sedikit kelainan sebagai pertukaran.

Oleh itu jom kita selidiki 5 perkara yang harus anda lakukan untuk anda mendapatkan lebih hubungan seks bersama isteri anda mulai hari ini.

romantic-couple-wallpaper-pictures-download6

1. Romantik Dan Jangan Gelojoh

Tiada apa yang lebih menjengkelkan dari mendapati suami anda merangkul anda dengan gelojoh atau secara tiba-tiba menarik anda dengan paksa untuk melayannya.

Cuba cara lain, seperti memeluk dari belakang atau membantunya menyelesaikan kerja rumah, ia lebih mudah untuk menambat hati isteri anda.

istock_000043411150_medium-1260x840

2. Jangan Melayan Isteri Seperti Pelakon Lucah

Ya kami tahu anda berminat untuk menonton wanita dengan buah dada yang palsu yang sedang berasmara dengan lelaki yang kegersangan.Namun anda tidak boleh memperlakukan isteri anda dengan gaya yang sedemikian juga.

Wanita juga inginkan belaian dan seks yang benar-benar mengkhayalkan mereka dan bukannya suatu aksi yang hanya diselesaikan sebaik sahaja anda klimaks. Itu cukup menjengkelkan bagi mereka. 100408252-sexy-couple-in-bed-gettyp-1910x1000

3. Bertolak Ansur Bersama

Anda inginkan isteri anda untuk melakukan perkara yang anda inginkan ketika seks? Maka anda haruslah melakukan perkara yang mereka juga inginkan ketika seks.

Anda haruslah bertolak ansur kerana dengan memberikan apa yang pasangan anda inginkan, maka mereka tidak akan teragak-agak untuk melakukan perkara yang sama pada anda.

o-relaxation-facebook

4. Berikan Ruang Untuk Bersendirian

Setiap wanita juga penat dengan kerja seharian di rumah mahupun di tempat kerja. Memberikan pasangan anda peluang untuk berehat bersendirian boleh membantu menaikkan semula mood mereka.

Tawarkan untuk membantu menjaga anak-anak buat seketika kerana tiada apa yang lebih seksi pada pandangan mata wanita selain lelaki yang pandai mengendalikan anak kecil.

optimized-couple-cuddling-on-bench

5. Berbincang Dan Mendengar

Wanita bukan meminta sehingga 20 minit sesi berbincang untuk luahan hati ke hati – cukuplah jika anda mencuri masa sebelum tidur itu untuk berborak bersama tentang hal-hal remeh.

Cuba untuk membalas dengan jawapan penuh dan bukannya dengan anggukan atau bunyian sahaja. Jika anda mampu untuk mengingati apa topik yang dibincangkan, anda akan dapat untuk menambat hatinya dengan segera.