4 Cara Mudah Untuk Memuaskan Hati Pasangan Anda Mulai Hari Ini

Hanya kerana si dia kini adalah isteri anda, bukan bermaksud anda kini boleh melakukan segalanya dengan sambil lewa dalam perhubungan.

Jangan sampai isteri anda mulai bosan dan merajuk, maka susahlah anda untuk mendapatkan seks yang hangat bersama pasangan anda lagi. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan si dia tersenyum semula.

Berikut adalah beberapa cara bagaimana anda mampu untuk menggembirakan pasangan anda semula dengan mudah.

datesmith-relationships

1. Memberikan Pujian Dan Membantunya

Kaum lelaki ini kalau dah berkahwin memang sungguh payah hendak melemparkan pujian terhadap isteri. Kadangkala sampai pasangan anda itu mula berjauh hati dengan tindakan anda.

Apa yang terbaik untuk anda berdua adalah anda sebagai suami untuk rajin memberikan pujian terhadapnya dan jika anda rajin untuk membantu meringankan tugas mereka, lagilah mereka bertambah sayang pada anda.

man-woman-couple-eye-contact-outdoors-02132015-727x405

2. Pandang Tepat Pada Mata Ketika Berbual

Wanita ini sukakan ‘eye contact’ ketika berbual bersama pasangan dan jika anda gemar berbual bersama tanpa memandangnya, isteri anda akan berasa seperti dirinya tidak dihargai.

Lupakan menghantar mesej teks dan emel pada pasangan anda. Mulai hari ini praktikkan perbualan berhadapan dan pandang pada mata mereka ketika berbual untuk membuatkan mereka berasa seperti anda mengambil berat mengenai mereka.

coupleinbed

3. Tinggalkan Pasangan Anda Sekali Sekala

Anda tentu kerap mengikuti rutin pasangan anda ketika di media sosial mahupun sering berbalas mesej ketika di tempat kerja. Namun ini boleh sedikit sebanyak mengurangkan keintiman anda bersama.

Cuba tinggalkan pasangan anda bersendirian dan jangan ganggu rutin hariannya – sekali sekala buat panggilan mengejut sebagai kejutan untuk pasangan anda dan seterusnya ajaklah si dia keluar makan malam.

eye-contact-flirting-5

4. Bekerja Keras Untuknya

Sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh anda dalam perhubungan adalah salah satu sebab mengapa hubungan rumahtangga anda semakin hambar dan membosankan. Ini kerana isteri anda inginkan sesuatu yang lebih dari anda.

Jangan kerana anda telah berjaya mendapatkan si dia maka anda boleh berpuas hati kini. Lakukan sesuatu untuk menambat hatinya setiap hari kerana usaha keras anda itu pasti akan dihargai oleh pasangan anda itu.