5 Tips Mudah Untuk Mengekalkan Kebahagiaan Rumahtangga

Walaupun anda telah bersama dengan seseorang itu bertahun lamanya, tentu ada tindakan yang dilakukannya yang anda sangat hargai dalam perhubungan tersebut – ia tak semestinya sesuatu yang besar namun cukup bermakna untuk pasangan.

Kebanyakan wanita cukup gembira dengan sedikit usaha yang anda lakukan untuk menggembirakan mereka – namun kebanyakan lelaki gemar mengambil mudah mengenai hal ini.

Mari kita lihat beberapa cara yang mudah untuk anda sebagai suami untuk terus membahagiakan pasangan anda dalam perhubungan.

1-woman-share-reminders-relationship-rock-solid

1. Tinggalkan Nota Cinta

Sebaik sebelum anda ingin bergerak keluar dari rumah untuk ke tempat kerja, ambillah sedikit masa yang terluang untuk menulis nota yang manis dan tinggalkan ia di bawah bantal isteri.

Ia akan menjadi saat yang paling manis bagi mereka kerana pasangan anda akan berasa dihargai dan membuatkan si dia tersenyum sentiasa keesokannya.

2-woman-share-reminders-relationship-rock-solid

2. Buat Pasangan Anda Ketawa

Ramai lelaki yang merasakan ini sukar tapi ketahuilah bahawa kebanyakan wanita gemarkan lelaki yang mempunyai sifat kelakar – jadi berusaha untuk membuat si dia tertawa sekali sekala.

Perhubungan yang dipenuhi dengan gurau senda dan gelak ketawa selalunya bertahan lama kerana ketawa itu kan ubat kepada kebanyakan masalah seperti kemurungan dan perubahan mood.

3-woman-share-reminders-relationship-rock-solid

3. Berasmara Dengannya

Walaupun perkahwinan anda hampir mencecah 30 tahun namun ia bukan alaasan untuk anda berhenti dengan rutin untuk bersama dengan pasangan anda – berasmaralah walaupun seminggu sekali.

Kembalikan semula saat-saat intim bersama isteri setelah seminggu anda berdua berjauhan kerana tugas maka hujung minggu adalah saat terbaik untuk anda berdua kembali menghangatkan malam anda.

4-woman-share-reminders-relationship-rock-solid

4. Dengar Dengan Teliti

Wanita inginkan suami mereka menjadi seorang pendengar yang setia dan peka kepada kehendak mereka. Dengar apa yang diluahkan dengan teliti dan letakkan telefon bimbit anda di atas meja.

Pasangan anda akan berasa lebih selesa bersama anda dan yang paling penting mereka akan berasa sungguh dihargai kerana memiliki suami yang peka terhadap luahan mereka.

5-woman-share-reminders-relationship-rock-solid

5. Memberikan Ruang Untuk Pasangan

Kadangkala pasangan kita juga tidak suka jika kita menjadi terlalu obses untuk mengetahui apa sahaja tindak tanduknya – mereka juga perlukan ruang untuk bersendirian seketika.

Jangan sampai isteri anda yang meminta – anda sebagai suami harus faham bila masa yang diperlukan untuk si dia bersendirian.