Badan Sado Tak Bermaksud Anda Lelaki Maskulin

Saban hari, ciri-ciri lelaki maskulin ini semakin hilang pada kebanyakan lelaki. Ada yang kehilangan idea apa sebenarnya ciri-ciri seorang lelaki itu.

Daripada maskulin, jadi lelaki lembut. Masalah betul. Sememangnya, ramai lelaki salah anggapan dengan erti maskulin.

Apa itu maskulin? Six pack pada perut, bukanlah lambang dan bukti anda seorang yang maskulin yang sejati. Disini kita kupas dengan lebih lanjut erti maskulin yang sebenar.

Takrifan Maskulin mengikut kamus adalah

  1. pertaining to or characteristic of a man or men: masculine attire
  2. having qualities traditionally ascribed to men, as strength and boldness.
  3. unwomanly

Orait, sekarang kita jelas dengan takrifan maskulin. Jadi is there any statement mentioned about the six pack on the body? There isn’t! Agree with me now? Sekarang kita lihat ciri-ciri lelaki sejati yang kita tak nampak selama ini.

Bentuk Badan

Mempunyai badan yang tegap dan six pack di perut, hanyalah sebahagian daripada ciri-ciri lelaki maskulin dan sejati.

Jadi adakah seorang lelaki yang gemuk dan kurus bukan lelaki maskulin dan sejati? Tentulah pernyataan itu salah sama sekali.

Seseorang yang kurus yang disebabkan kadar metabolisme yang tinggi dan selalu bersenam tetapi tetap kurus adalah kerana keadaan badan mereka sendiri.

Adakah itu salah mereka? Dan begitu juga yang sebaliknya bagi lelaki yang gemuk.

Jika bentuk badan menjadi ukuran lelaki maskulin, itu adalah salah sama sekali. Anda setuju?

Penampilan

Ramai orang beranggapan bahawa dengan menunjukkan bentuk badan mereka dengan pakaian yang ketat, dikatakan maskulin.

Jadi bagaimana pula dengan trend pakaian hoppers?

Adakah mereka bukan tergolong daripada lelaki maskulin? Pandangan ini bebas dibuat oleh setiap orang.

Di barat, mereka mementingkan aspek bentuk badan yang tegap dan menonjolkan susuk tubuh mereka walaupun dalam pakaian yang sangat ketat.

Sama saja bagi perempuan barat, jika seorang perempuan berpakaian seksi dan mendedahkan aset mereka, mereka dikatakan feminin.

Begitu juga yang sebaliknya bagi lelaki. Ramai lelaki yang berpenampilan menonjolkan otot mereka diklasifikasikan sebagai GAY.

Adakah Gay itu sifat maskulin?

Jelas, maskulin itu bukan hanya bergantung pada penampilan.

Kaki Clubbing

Beranggapan bahawa kelab malam adalah satu-satunya tempat untuk bersosial, ramai lelaki-lelaki yang kononnya maskulin pergi ke club untuk mencari rakan sosial.

Dan ada juga yang pergi untuk mencari rakan berlainan jantina untuk memuaskan syahwat yang bergelora dalam diri mereka.

Ini cumalah trend di barat yang dibawa masuk ke negara kita untuk mendefinasikan cara bersosial masyarakat yang kononnya bertamadun.

Jadi cara bersosial di kelab malam ini, bukanlah cara bersosial yang betul bagi lelaki maskulin.

Maskulin yang sebenarnya

Setelah beberapa lama kita dikelirukan dengan definisi maskulin daripada majalah dan media yang mengelirukan, disini aku kupaskan apa itu maskulin yang sebenarnya.

Jika anda seorang lelaki yang sejati, anda perlu memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri ini.

Cara Berpakaian

Memakai pakaian itu bebas untuk semua. Segala jenis pakaian jenama lelaki sememangya maskulin.

Tak kisah la ketat ke tak. Kalau anda memakai pakaian seorang lelaki, anda sememangya maskulin. Dan pakaian anda tidak boleh menyerupai perempuan.

Jika anda meminati warna pink contohnya, diingatkan supaya warna pink pada baju anda tidaklah terlalu menyerlah dan terlampau ketat jika dikenakan pada badan anda.

Kalau anda berpakaian sedemikian, anda akan diklasifikasikan sebagai GAY.

Nak ke? Nikmati kebebasan berfesyen tanpa menyerupai fesyen wanita, sudah cukup menampakkan keMASKULINan anda.

Sifat Gentleman

Sifat gentleman bukan hanya ditunjukkan dengan menarik kerusi untuk si gadis kesayangan kita duduk di meja makan, membuka pintu kereta untuk mereka, menghabiskan duit dengan membelikan apa kemahuan mereka dan memberikan mereka bunga ros setiap hari.

Ramai yang beranggapan seorang gentleman adalah mereka yang menyusahkan diri mereka semata-mata kerana wanita.

Itu cumalah antara sifat-sifat gentleman yang perlu ada pada seorang lelaki maskulin. Di barat, mereka menunjukkan sifat-sifat di atas hanyalah semata-mata untuk menarik perhatian si gadis tadi untuk mereka membenarkan diri mereka ditiduri.

Bukan semua, tapi kebanyakan mereka adalah begitu. Dan trend ini juga menular di Malaysia.

Ramai lelaki yang berpura-pura baik semata-mata untuk menarik perhatian wanita untuk membiarkan mereka rasa disayangi untuk seketika.

Dan bila mereka menyerahkan segalanya, mereka akan ditinggalkan. Betul? Adakah ini ciri-ciri gentleman dan maskulin? Tentu sekali tidak!

Seorang lelaki maskulin dan gentleman adalah pelindung kepada semua wanita Kita adalah pembela wanita, bukanlah perosak wanita.

Jika anda menyukai seseorang gadis, bukanlah kepuasan nafsu yang kita kejar pada mereka.

Tetapi adalah kepuasan melihat mereka gembira dan tersenyum bila bersama kita. Mengambil kesempatan pada mereka bukanlah bukti kita seorang yang gentleman dan maskulin.

Jika anda seorang lelaki yang masih mencari idola yang sesuai untuk dijadikan contoh, anda boleh mengambil artis seperti Tom Welling, Johny Depp, Orlando Bloom, Brad Pitt, Farid Kamil, Aaron Aziz dan Rosyam Nor sebagai rujukan.

Itu kebebasan pada hak anda. Tapi jangan pula lupa bagi yang muslim, Nabi Muhammad S.A.W adalah lambang lelaki sejati, beliau ikutan kita sepanjang zaman. Selamat menjadi lelaki maskulin!