Proses Mengawal Kelahiran Yang Dikhaskan Untuk Lelaki Kini Ditemui

Selalunya apabila kita bercakap mengenai proses mengawal kelahiran atau perancangan keluarga – kebanyakannya akan menuding jari terhadap wanita. Ya wanita sering dikaitkan dengan perancangan kehamilan lebih berbanding kaum lelaki.

Kini lelaki juga boleh turut membantu dalam proses mengawal kelahiran dengan wujudnya suntikan yang membantu anda sama seperti bagaimana ia membantu kaum wanita untuk merancang kehamilan.

1410285940291-cached

Dalam eksperimen yang pernah dijalankan sebanyak 320 orang lelaki dalam perhubungan jangka panjang diberikan suntikan testosteron dan progestogen – ia membantu mengurangkan bilangan sperma ke tahap membendung proses kehamilan.

Apabila anda diberikan testosteron sintetik, tubuh anda akan berfikir ia suduh mencukupi dan menghentikan penghasilan sperma dengan serta merta.

work-still-needed-on-promising-male-birth-control-shot

Dengan pengurangan penghasilan sperma maka peluang untuk mengandung pun akan berkurangan pada kaum wanita.

Dalam tempoh percubaan selama 56 minggu – ternyata hanya 4 kehamilan yang berlaku, perkara yang sama terjadi kepada wanita yang mengambil pil perancang keluarga.

time-men-last-in-bed-thumbnails-04

Namun begitu kebanyakan pakar menggalakkan untuk menghentikan suntikan tersebut kerana kaum lelaki cenderung untuk mempunyai kesan sampingan yang boleh menyebabkan kemurungan dan perubahan mood.

17 peratus lelaki dilaporkan memiliki gangguan emosi, dan 5 peratus daripadanya mempunyai masalah perubahan mood.

161031-birthcontrol-stock

Ada juga yang terlibat dengan penyalahgunaan acetaminophen yang mana ia adalah berkait rapat dengan suntikan yang telah mereka terima selama ini.

Kemungkinan terlalu banyak hormon testosteron di dalam badan juga boleh menyumbang kepada masalah ini.