Bagaimana Untuk Mendapatkan Telur Goreng Hancur Yang Lembut Dan Gebu

Kadangkala telur goreng hancur ini boleh menjadi menu sarapan yang benar-benar praktikal terutama jika anda benar-benar berminat dengan kecergasan dan kesihatan.

Namun kebanyakan anda menyediakannya dengan cara yang salah – menyebabkan tekstur telur yang dihasilkan tidak memuaskan.

Berikut adalah beberapa kesalahan yang sering anda lakukan ketika menyediakan telur goreng hancur dan bagaimana anda boleh mendapatkan tekstur yang lebih baik nanti.

photo-1-63

1. Menambah Lebih Cecair

Menambah susu, krim mahupun air ketika anda sedang memukul telur tidak akan membantu tekstur telur anda menjadi lebih gebu – sebaliknya ia menjadikan telur tersebut sukar untuk disebatikan bersama.

img_2232

2. Memukul Menggunakan Garfu

Untuk mendapatkan tekstur telur yang gebu, anda harus memukul telur tersebut sama seperti anda ingin membuat kuih bahulu. Namun ia bukanlah bermaksud bahawa anda harus memukul telur putih dan kuning telur itu bersama-sama dengan segera.

Oleh itu pukul telur tersebut secara sederhana kerana lebih lama anda memukul maka lebih banyak udara akan masuk menjadikan tekstur telur tersebut lebih ringan.

eggs-salt-and-black-pepper

3. Memasukkan Garam Sebelum Memasak

Tahukah anda bahawa secubit garam yang anda masukkan ke dalam telur tadi akan mengurangkan cairan pada tekstur telur tersebut? Cara terbaik adalah dengan memasukkan garam sebaik sahaja sebelum anda menutup api.

20150205_122902

4. Memasukkan Sayur Mentah

Sayur-sayuran sememangnya membekalkan nutrisi kepada telur goreng hancur anda tapi ia juga menyebabkan telur anda menjadi sama seperti apabila anda memasukkan cecair ke dalamnya. Cara terbaik adalah celur sayuran itu dengan air panas sebelum memasukkannya ke dalam telur.