Wanita Maut Selepas Waze Beri Lokasi Salah

Kebimbangan pada aplikasi navigasi Waze mula disuarakan bila wanita berusia 70 tahun, Regina Murmura terbunuh di Niteroi Brazil. Ketika kejadian mangsa yang merupakan agen pelancong sedang menjelajah Rio De Janeiro bersama suaminya Francis Murmura.

Pasangan ini memandu dari Rio untuk ke bahagian pantai di Niteroi. Regina menggunakan aplikasi Waze untuk ke destinasi berkenaan. Bagaimana pun sebaik sampai di lokasi yang diarahkan Waze mereka terperangkap dalam satu kejadian serangan senjata api.

Tidak tiba di tempat pelancongan, mereka sebaliknya berada di kawasan hitam yang dikenali sebagai tempat gangster dan pengedar dadah. Kereta yang dinaiki pasangan ini dihujani hampir 20 das tembakan dan turut mengenai Regina. Bagaimanapun suaminya terselamat dan sempat memandu ke tempat selamat.

kereta

Menurut analisis dan laporan polis, pasangan ini telah mengikuti jalan yang salah untuk ke destinasi mereka. Sepatutnya melalui Avenida Quintino Bocaiuva, mereka telah mengikuti daerah Rua Quintino Bocaiuva yang menemukan mereka dengan tragedi itu.

kereta2

Pihak Waze menjelaskan adalah sukar untuk menghalang pemandu dari memasuki kawasan yang berbahaya sekiranya itulah destinasi yang dipilih.  Suami mangsa bagaimana pun tetap menyatakan aplikasi Waze bertanggungjawab atas apa yang berlaku kerana membawa mereka ke sana.