Perbezaan Di Antara Dua Jenis Kemuncak Seksual Yang Lelaki Tidak Tahu


- 12 Dec 16
View 2,027 : Today 6

Apabila kita bercerita mengenai kemuncak seksual seorang lelaki, apa yang berada di dalam fikiran kita adalah apabila seseorang lelaki itu memancutkan air mani yang banyak. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan antara kemuncak seksual dan juga ejakulasi.

Kemuncak seksual dan ejakulasi dikawal oleh bahagian yang berbeza di dalam otak anda dan juga sistem saraf. Ini adalah fakta yang sebenarnya ramai tidak tahu.

Advertisement

Tahukah anda bahawa lelaki juga boleh mencapai kemuncak seksual tanpa mengalami ejakulasi? Ini dikenali sebagai proses “kemuncak seksual kering”. Begitu juga sebaliknya.

Lelaki juga boleh mengalami ejakulasi walaupun tanpa kemuncak seksual, dan buktinya adalah ketika kaum lelaki sedang mengalami mimpi basah.

Ketika masa refraktori iaitu selang masa antara kemuncak seksual lelaki, lelaki sukar untuk mencapai kemuncak itu kembali.

Jika seseorang lelaki belajar bagaimana untuk mendapatkan kemuncak seksual tanpa perlu berejakulasi, maka tak mustahil untuk mereka merasai kemuncak seksual berganda sama seperti kebanyakan wanita di luar sana.

Untuk lelaki merasai pelbagai jenis kemuncak seksual ini – kerjasama dengan pasangan juga perlu untuk mendapatkannya. Ia melibatkan stimulasi minda dan fizikal anda dan pasangan anda untuk mencapainya.

Untuk pengetahuan anda juga, lelaki turut mempunyai G-spot mereka sendiri yang terletak dua inci di dalam lubang punggung mereka. Stimulasi pada bahagian ini boleh menyebabkan lelaki mengalami kemuncak seksual yang mengkhayalkan mereka.

Advertisement