Ramai Lelaki Sudah Mula Tidak Menggunakan Kondom Ketika Seks

Kebanyakan lelaki di luar sana hanya menganggap penggunaan kondom ini semata-mata untuk mengawal kehamilan – sebenarnya fungsinya lebih daripada itu.

Advertisement

Ada juga yang risau jika perhubungan seks mereka akan menjadi kurang menyeronokkan seperti selalu dengan penggunaan kondom – ini bukanlah masalah kerana ada banyak teknik yang boleh memuaskan anda berdua ketika seks.

Kondom sebenarnya sangat membantu untuk melindungi anda berdua daripada penyakit yang selalu berjangkit melalui perhubungan seks. Kebarangkalian penyakit ini untuk dihidapi adalah sangat tinggi tanpa kita ketahui.

Anda tentu fikir kaedah mencabut keluar zakar anda ketika berhubungan seks dan melepaskan air mani anda di luar faraj boleh melindungi pasangan anda dari kehamilan tetapi kehamilan masih boleh terjadi.

Jika anda benar-benar ingin menjadikan seks anda berasa lebih hebat walaupun ketika menggunakan kondom, cubalah bereksperimen dengan pelbagai jenis kondom untuk menemui salah satu yang benar-benar berkesan untuk anda.

Lincirkan kondom tersebut dengan pelincir untuk memberikan rasa yang lebih memuaskan ketika anda melakukan penetrasi – anda pasti akan menemui kepuasan maksima melaluinya.

Advertisement