3 Cara Untuk Membuatkan Isteri Anda Tergila-Gilakan Anda Ketika Ini

Mengekalkan perhubungan jangka panjang yang hangat bukanlah hanya berkenaan tantra mahupun dengan sentiasa membelikan pasangan anda pakaian dalam yang seksi.

Sebaliknya rahsia kepada keinginan seksual yang berkekalan adalah sesuatu yang dipanggil maklumbalas pasangan ataupun reaksi terhadap pasangan.

Tunjukkan kepada pasangan seberapa banyak anda mengagumi mereka dan betapa anda sangat menghargai keberadaan mereka di sisi anda.

Ini termasuk bagaimana anda meyokong matlamat mereka dan memahami keperluan mereka – kebanyakan wanita akan berasa lebih selesa setelah anda menunjukkan sikap tersebut dan mereka akan lebih terbuka untuk menerima anda.

Untuk itu bagaimanakah anda mampu menjadi lebih responsif terhadap pasangan anda?

1. Jangan Selalu Menafikan

Apabila pasangan anda mengkritik kelakuan anda mahupun apa-apa dari segi penampilan anda – ia adalah kebiasaan untuk kaum lelaki untuk mempertahankan pendirian mereka.

Namun begitu apa yang si dia inginkan adalah anda untuk mengetahui apa yang dirasai olehnya jadi janganlah cuba untuk menerangkan sesuatu keadaan hanya untuk memenangkan diri anda sahaja.

2. Jadikan Diri Anda Saksi

Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan perkataan – bimbang jika nanti apa yang keluar dari mulut anda boleh mengganggu perasaan pasangan anda

Ini juga boleh membantu anda untuk memahami situasi pasangan anda, sambil meredakan suasana dan seterusnya mengelakkan konflik menjadi lebih buruk.

3. Berikan Maklumbalas Anda

Anda menerima mesej dari isteri anda tentang pergaduhannya dengan ibu – anda fikir dengan berdiam diri boleh menjernihkan keadaan tapi sebenarnya tidak.

Cukup dengan mengatakan bahawa anda telah menerima mesej darinya dan mengajaknya untuk berbincang selepas waktu kerja kerana ia menunjukkan sikap prihatin anda terhadapnya.