5 Cara Untuk Anda Mendapatkan Lebih Seks Mulai Pada Hari Ini


- 15 Dec 16
View 4,632 : Today 1

Ramai suami di luar sana yang mengeluh tentang berapa sukar untuk mereka mendapatkan hubungan seks bersama isteri selepas beberapa tahun berkahwin.

Advertisement

Itu bukanlah suatu masalah besar malah terdapat banyak perkara lain yang boleh membantu anda untuk mengembalikan keintiman bersama pasangan anda.

Cuba lima cara berikut untuk memastikan bagaimana anda mampu untuk mendapatkan lebih banyak seks bersama isteri.

1. Jadikan Seks Itu Eksplorasi

Anda mungkin telah mempelajari begitu banyak kaedah untuk berhubungan seks dan ketika anda berdua sudah berada di atas katil, mengapa tidak menggunakan kesemuanya?

Aplikasikan pelbagai jenis ‘foreplay’ dan penetrasi kerana ia boleh membantu pasangan anda untuk mencapai kemuncak seksual dengan lebih mudah melalui pelbagai bentuk ransangan.

2. Perbaiki Sikap Kelakar Anda

Tahukah anda bahawa kebanyakan wanita menggemari lelaki yang suka berjenaka? Kerana itulah pelakon komedi dengan mudah dapat memikat wanita-wanita yang jelita sebagai isteri.

Lelaki yang pandai berjenaka dengan mudah dapat mengambil hati pasangan mereka – tidak mustahillah jika pasangan mereka mudah cair dengan telatah suami mereka.

3. Renung Mata Dia

Ingin tahu jika isteri anda berminat untuk meneruskan keintiman dengan anda? Perhatikan isyarat mata dari pasangan dan kekalkan ‘eye contact’ ketika bersama.

Lihat tepat pada matanya ketika dia sedang bercakap dan kurangkan memandang ke arah lain kerana isteri anda akan mengganggap bahawa anda tidak menghormati perasaannya.

4. Selalu Menggunakan Pelincir

Penggunaan pelincir sebenarnya memberikan kepuasan berganda kepada wanita ketika berhubungan seks – wanita kadangkala sukar untuk melincirkan diri mereka sendiri.

Mengikut kajian hanya 25 peratus lelaki di luar sana yang mengamalkan penggunaan pelincir – pelincir boleh memudahkan isteri anda mencapai kemuncak dengan lebih mudah.

5. Biarkan Si Dia Pancut Dahulu

Kerana wanita lebih mudah untuk mencapai kemuncak seksual ketika proses ‘foreplay’ berbanding ketika sesi penetrasi – maka ransangan fizikal perlu diberikan kepada mereka sebanyak yang mungkin.

Berikan keutamaan kepada isteri anda dahulu ketika sesi ‘foreplay’ dan gunakan lidah, mulut serta tangan anda untuk memberikan stimulasi yang berkesan kepadanya.

Advertisement