Gejala Akil Baligh Tidak Normal

Definisi
Akil baligh yang awal
Kelewatan akil baligh
  • Perkembangan seksual berlaku sebelum umur 8 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki
  • Tidak ada tanda perkembangan seksual pada umur 13 tahun bagi perempuan dan 14 tahun bagi lelaki
Penyebab
  • Penyakit otak seperti tumor atau kesan masalah penyakit otak yang lalu
  • Keturunan (berlaku dalam keluarga)
  • Keabnormalan kromosom (genetik)
  • Penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, hati dan darah
Tanda – tanda dan gejala
Kanak-kanak Perempuan:

  • Pembentukan payudara berlaku sebelum umur 8 tahun
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak dan kemaluan.
  • Kitaran haid bermula awal
Kanak-kanak Perempuan:

  • Tiada/ kurang pembentukan payudara pada umur 13 tahun
  • Jarak antara pembentukan payudara dan kitaran haid bermula lebih dari 5 tahun
  • Kurang bulu kemaluan pada umur 14 tahun
  • Ketiadaan permulaan kitaran haid pada umur 16 tahun
Kanak-kanak Lelaki:

  • Pembesaran awal pada zakar dan testis
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak, kawasan kemaluan, misai dan janggut
  • Perubahan suara yang awal: lebih garau dan dalam
Kanak-kanak Lelaki:

  • Kurang perkembangan pada testis pada umur 14 tahun
  • Kurangnya pertumbuhan bulu pada umur 15 tahun
  • Perkembangan pembesaran alat genital (kelamin) melebihi 5 tahun

Apakah yang boleh doktor lakukan?

Doktor anda akan mengambil sejarah perubatan dari anda dan/atau ibu bapa anda. Pemeriksaan fizikal akan dijalankan. Siasatan akan dibuat seperti melakukan ujian darah, x-ray dan ujian yang berkaitan bagi mencari sebarang punca.

Rawatan

Bagaimana perubahan ini boleh dihentikan?

Terdapat 2 pilihan:

  • Merawat penyakit dasar/sebenar (seperti tumor pada ovari dan otak)
  • Terapi hormon untuk merawat hormon yang tak seimbang

Bagaimanakah saya boleh kembali setanding atau sama dengan rakan-rakan yang lain?

Rawatan hormon yang khusus bagi kelewatan akil baligh akan ditentukan oleh doktor anda bergantung pada:

  • Umur, keseluruhan sejarah kesihatan dan perubatan anda
  • Tahap keadaan penyakit
  • Pendapat dan kehendak anda

Keputusan / kesan

Pengesanan dan rawatan awal akan menghasilkan keputusan yang baik.