Mengapa Kebanyakan Wanita Berpura-Pura Mengalami Kemuncak Seksual


- 16 Dec 16
View 2,453 : Today 1

Kebanyakan wanita yang ditemuramah memberitahu bahawa mereka berasa letih dan tidak berdaya melayan pasangan mereka. Ada juga antara mereka yang tidak mahu mengecewakan hati pasangan mereka.

Advertisement

Jika pasangan anda benar-benar menyayangi anda – mereka tidak akan melukai perasaan anda dengan membatalkan hasrat anda – berpura-pura mengalami kemuncak seksual adalah cara terbaik untuk mereka berbuat demikian.

1. Jangan Takut

Hanya kerana isteri anda berpura-pura mengalami klimaks tidak bermaksud bahawa anda beraksi teruk di atas katil.

Apa yang penting kepada kaum wanita ini adalah pasangan yang mengambil berat dan memberikan maklumbalas kepada mereka ketika di atas katil.

2. Ikuti Isyarat Yang Diberikan

Perhatikan bagaimanakah reaksi isteri anda kepada setiap gerakan anda – bukan hanya secara verbal namun secara bukan verbal juga.

Dengar setiap perubahan yang berlaku samada pada pernafasannya, tekanan otot atau sebagaimana dalam ciuman pasangan anda terhadap anda

Jika si dia terpekik ataupun terkejut secara tiba-tiba, mungkin anda telah melakukan sesuatu yang tidak disukainya ketika seks.

3. Usah Tanyakan Jika Pasangan Anda Sudah Hampir

Ia boleh merubah fokus pasangan anda daripada berasa seronok dan mengalami keintiman bersama anda kepada suatu perkara – kemuncak seksual dirinya. Ini boleh memberikan tekanan kepada beliau.

Ini akan membuatkan pasangan anda berasa pengalaman ini adalah sesuatu kegagalan sekiranya dia tidak berjaya untuk mencapai kemuncak seksualnya.

4. Fokus Pada ‘Foreplay’

Anda mungkin pernah mendengar tentang perkara ini – namun cara terbaik untuk anda memperbaiki hubungan seks anda adalah dengan memberikan stimulasi kepada pasangan.

Urutan dan juga teknik ‘foreplay’ yang lain boleh membantu anda untuk meransang si dia sebelum memulakan acara utama.

Advertisement