Tips Untuk Menyelamatkan Anak Anda Sekiranya Tercekik

Tercekik kadang-kadang boleh berlaku kepada bayi atau kanak-kanak yang memasukkan mainan atau objek kecil ke dalam mulut mereka atau juga disebabkan oleh makanan tersekat di dalam kerongkong.

Cara terbaik untuk mengelakkan kanak-kanak tercekik adalah mengelakkan objek kecil dari jangkauan kanak-kanak dan memastikan bahawa mereka makan makanan yang sesuai pada umur mereka terutama untuk bayi.

Kadang-kadang tidak kira betapa cermatnya anda atau betapa anda memerhatikan anak anda, mereka masih tetap tercekik pada sesuatu objek atau bahan makanan.Justeru, sebagai ibu bapa betapa pentingnya pengetahuan mengenai cara untuk menilai dan bertindak dengan cepat dan betul terhadap bayi atau kanak-kanak yang tercekik untuk mengelak daripada berlakunya kehilangan nyawa anak anda.

Ramai ibu bapa tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila berlakunya keadaan seperti ini. Oleh itu,dinasihatkan kepada ibu bapa supaya mengambil langkah seperti menghadiri kursus CPR atau mempelajari cara-cara dan langkahnya dengan cara yang betul untuk membantu anak anda dari tercekik sekiranya berlakunya kejadian seperti ini kelak.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan New York berkata,

“Sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak mati tercekik akibat makanan setiap lima hari di Amerika Syarikat dan lebih daripada 10,000 kanak-kanak yang dibawa ke bilik kecemasan di hospital setiap tahun akibat tercekik makanan.”

Menurut Danielle,seorang pelatih pertolongan cemas pilihan NHS, “jika bayi anda tercekik letakkan muka mereka ke atas paha anda dengan menyokong kepala kanak-kanak itu dengan tangan anda.Kemudian,gunakan tangan anda yang lain dan berikan lima tekanan dengan tapak tangan di belakang bayi anda. Jika makanan masih tersekat, Rebahkan mereka dan beri sehingga 5 teras dada dengan menggunakan dua jari anda di tengah-tengah dada.Hubungi ambulans selepas tiga ulangan yang anda lakukan tidak berjaya.”

Menurut Persatuan Palang Merah British, “jika anak anda berusia antara 2-6 tahun berdiri di belakang kanak-kanak,letakkan tangan anda di sekitar bahagian atas abdomen kanak-kanak itu kemudian gunakan tangan yang satu lagi, buat lima tekanan kepada abdomen kanak-kanak itu dengan perlahan di antara tulang belikat. Jika ia tidak berfungsi, gunakan genggaman tangan anda kemudian buat tekanan masuk. Jika objek itu masih terperangkap dalam kerongkong, ulangi tiga pusingan lima pukulan belakang dan lima teras abdomen. Jika ia masih tidak berfungsi sila hubungi ambulans dengan segera.”

 

Saksikan video yang kami kongsikan untuk ibu bapa di luar sana belajar bagaimana hendak menyelamatkan sekiranya anak anda tercekik.

Untuk bayi

https://youtu.be/9xVVcQPAyys