4 Kaedah Untuk Anda Mendapatkan Pancutan Sperma Yang Lebih Banyak

Adakah anda bersedia untuk mendapatkan pancutan air mani yang lebih banyak dan padu? Seks akan menjadi lebih hebat jika perkara ini terjadi kepada anda.

Jika bersedia untuk mengawal situasi maka kemungkinan anda sudah bersedia untuk mendapatkan pancutan air mani bagaikan air terjun – isteri anda pula pasti bersorak gembira dan kemungkinan isteri anda mengandung juga akan meningkat.

Ada beberapa cara yang boleh anda praktikkan dan berikut adalah antara cara-cara yang mudah

.

1. Perbaiki Metabolisma Selular

Jika anda seringkali berhadapan dengan air mani yang sedikit maka kemungkinan anda telah kekurangan satu khasiat yang membolehkan anda mudah terpancut.

Cuba amalkan pengambilan zink bersama asid folik untuk memperbetulkan keadaan kerana gabungan ini boleh membantu penghasilan air mani yang lebih banyak.

2. Kurangkan Minuman Bergula

Lelaki yang sering mengamalkan minuman bergula seperti soda mempunyai 30% kurang air mani berbanding mereka yang mengamalkan pengambilan minuman yang berkafein dan jus buah.

Selain dari menyumbang kepada masalah seksual anda – minuman bergula ini juga turut boleh merosakkan hati anda kemudiannya.

3. Pengambilan Bawang Putih

Bawang putih mengandungi allicin yang membantu memperbaiki aliran darah ke organ seksual anda dimana ia membolehkan anda untuk memancutkan lebih air mani ketika seks.

Tak perlu untuk memakannya secara meentah dan risau akan bau mulut anda selepas memakannya – anda boleh masukkan bawang putih ke dalam masakan anda untuk memudahkan anda memakannya.

4. Berjalan Kaki

Berbasikal boleh menyebabkan sperma anda kian berkurangan oleh itu beralih kepada aktiviti berjalan kaki.

Pakai seluar dalam yang longgar untuk memudahkan proses pengudaraan bahagian sulit anda – dan aktiviti berjalan kaki itu pula membolehkan anda untuk mengeluarkan lebih banyak air mani.