Apakah Kesannya Terhadap Otak Anda Bila Anda Berhenti Bersenam

Mempunyai perut yang besar bukanlah satu-satunya kesan yang ketara jika anda berhenti dari meneruskan rutin senaman.

Ketika kita bersenam sebenarnya ada banyak sel-sel yang diaktifkan di dalam otak berbanding ketika kita melakukan aktiviti yang selainnya.

Berikut adalah 3 cara bagaimana otak anda akan menderita jika anda berhenti melakukan senaman.

Mood Anda Akan Berubah

Senaman kardio telah membuktikan ia boleh merubah mood anda dan meningkatkan ia selain bertindak sebagai anti-depressant.

Apabila bersenam tubuh anda akan membebaskan hormon endorphin yang boleh membuatkan anda berasa ceria dan bahagia – juga beberapa hormon lain yang boleh meransang mood anda untuk sentiasa positif.

Memori Anda Berkurangan

Apabila anda berhenti bersenam – aliran arah ke otak akan turut berkurangan dan seterusnya menyebabkan ingatan serta memori anda terjejas.

Tubuh anda juga akan kurang menghasilkan protein yang digelar cathepsin B, yang sering dikaitkan dengan baikpulih memori apabila anda kurang bersenam.

 

Kegagalan Untuk Fokus

Senaman boleh menguatkan semua bahagian tisu-tisu yang berada di dalam otak anda dan seterusnya memudahkan anda untuk mengekalkan konsentrasi dan kepekaan.

Ia juga boleh menyebabkan tubuh anda kekal muda dan dapat bertahan dengan tekanan dan proses penuaan.