Merokok dan Penyaman Udara


- 22 Dec 16
View 118 : Today 1

Umum mengetahui tentang bahaya merokok terhadap kesihatan tubuh badan. Rokok mengandungi beribu-ribu bahan kimia yang merbahaya yang boleh menyebabkan penyakit kanser, ketagihan, keguguran janin, mati pucuk dan sebagainya.

Advertisement

Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pindaan 2005 telah menggariskan peraturan kawasan larangan merokok dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh didenda maksimum tidak melebihi RM10,000.00 (sepuluh ribu ringgit) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun. Premis berhawa dingin adalah salah satu tempat dikategorikan sebagai kawasan larangan merokok.

 

Penyaman udara sering digunakan di pejabat mahupun di rumah kediaman. Fungsi utama penyaman udara adalah untuk menyamankan udara seterusnya memberi keselesaan kepada pengguna. Namun begitu, disebalik keselesaan tersebut, terdapat kesan mudarat kepada kesihatan sekiranya ia tidak diselenggara dengan baik.

Pendedahan kepada persekitaran dalam bangunan yang tidak sihat dan berbahaya boleh menyebabkan pelbagai gejala tidak sihat dikenali sebagai ‘Sick Building Syndrome’(SBS).

Terdapat beberapa kajian dijalankan menyatakan sindrom ini menyumbang kepada masalah kesihatan termasuklah sakit kepala, kerengsaan pada mata dan kulit dan kekejangan.

 

Asap rokok merupakan salah satu punca bahan pencemar yang boleh menyumbang kepada SBS. Rajah 1 menerangkan bagaimana asap rokok boleh memberi kesan kepada kesihatan individu walaupun individu tersebut tidak merokok.

Terdapat 4 dari kalangan 10 orang di Malaysia yang bekerja di dalam bangunan terdedah kepada asap rokok basi. Asap rokok menghasilkan pencemaran udara dalaman yang tinggi dengan menghasilkan 300 jenis gas yang toksik.

Keadaan bertambah buruk apabila asap rokok bercampur dengan bahan pencemar udara yang lain seperti dalam Jadual 1 yang boleh menjejaskan sistem pernafasan seterusnya mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan manusia.

Dalam perkara ini, golongan sensitif seperti warga emas, kanak-kanak, perempuan mengandung dan mempunyai sistem imuniti yang rendah.

 

Definisi/Terminologi

Penyaman udara didefinisikan dengan sesuatu alat yang menyamankan (menyegarkan) udara ; alat yang mengawal kelembapan dan suhu di dalam sesebuah bilik, bangunan, kenderaan dan sebagainya untuk menghasilkan udara yang kering, sejuk dan nyaman.

Perokok didefinisikan sebagai orang yang banyak atau kuat menghisap rokok (Kamus Dewan Edisi ke Empat).

Asap rokok sekunder/basi ialah asap yang terhasil daripada produk hasil tembakau seperti rokok, curut ataupun paip dimana asap tersebut dihembus keluar oleh seorang perokok. 4,5,6

Kesan merokok dalam bilik penyaman udara

  • Bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok boleh disebarkan melalui sistem peredaran udara dalaman, paru-paru dan salur darah.
  • Pendedahan asap rokok sekunder dari asap rokok dikalangan perokok, meskipun berada dibilik berasingan tetapi berkongsi sistem pengudaraan dalaman yang sama.
  • Keterukan kesan asap rokok yang disedut oleh individu yang tidak merokok lebih tinggi daripada perokok.

Langkah Pencegahan

  • Alat penyaman udara perlu diselenggara secara berkala untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik
  • Tidak merokok dalam kawasan yang berhawa dingin.
  • Pastikan sesekali melakukan bukaan tingkap untuk membolehkan udara segar masuk  menggantikan udara dalaman untuk mengurangkan pengumpulan bahan pencemar udara dalaman.

 

 

Jadual 1. Jenis Bahan Pencemar

Bil

Jenis Bahan Pencemar

1

Sebatian Organik mudah meruap (Volitile Organic Compounds(VOCs) seperti benzene, toluene, choloroform, aseton, styrene dan ethylene oxide.

2

Bakteria seperti Anthrax, Brucellosis, Legionella sp. Pseudomonas sp., Streptococal pneumonia, Tuberculosis

3

Fungi seperti Blastomycosis, Candida sp.,Coccidioidomycosis, Histoplasmosis

4

Protozoa seperti Cryptosporidiosis, pneumocyctis, pneumonia

Sumber : Medical Laboratory Observer, 1996

Advertisement