Gaya Hidup Yang Sesuai Bagi Seorang Lelaki Yang Meningkat Usia


- 22 Dec 16
View 133 : Today 1

Apabila kita semakin mengalami penuaan maka banyaklah penyakit yang akan singgah di badan kita tidak mengira dari segi fizikal atau mental. Ini kerana tahap tekanan yang dilalui juga sudah semakin meningkat.

Kita bukan sahaja bercakap mengenai kehidupan seks anda malah gaya hidup anda juga perlu mengalami perubahan untuk memastikan tahap kesihatan anda sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.

Berikut adalah beberapa perubahan kepada gaya hidup anda terutama jika anda sudah menginjak ke usia lewat 30-an.

Advertisement

1. Mengurangkan Penggunaan Komputer

Bak kata orang mata pun perlu penjagaan rapi jadi elakkanlah tugas anda yang sering memerlukan anda untuk berada di hadapan komputer berjam-jam lamanya.

Semakin kita meningkat usia, mata kita menjadi semakin sensitif terutama kepada cahaya yang dikeluarkan oleh skrin komputer mahupun skrin telefon pintar kita.

2. Mendapatkan Tidur Yang Secukupnya

Jika diperhatikan tubuh kita tidak sekuat di kala usia kita masih muda remaja dahulu, ketika ini kita memerlukan rehat yang secukupnya untuk membantu anda kekal cergas untuk meneruskan tugas harian.

Mendapatkan rehat yang secukupnya membantu minda anda untuk mendapatkan ingatan yang baik dan untuk tubuh anda beroperasi dengan baik pada keesokan harinya.

3. Penjagaan Diet Yang Betul

Bukanlah bermaksud anda perlu berpantang tetapi ketika ini anda sudah mulai peka dalam pengambilan makanan yang seimbang untuk memastikan badan anda mendapat nutrien secukupnya.

Pemakanan yang seimbang ini boleh membantu anda menjaga berat badan anda dan tahap kolesterol dan gula di dalam darah bagi mengelakkan penyakit berbahaya.

4. Memperbanyakkan Berjalan

Rehat memang rehat tapi jangan sesekali abaikan aktiviti berjalan. Pergerakan yang konsisten membantu anda untuk membuang toksin di dalam badan melalui pengeluaran peluh.

Agak bagus juga jika anda mengamalkan budaya menjalankan aktiviti kecergasan di gimnasium ikerana ia boleh membantu anda untuk kekal cergas dan bertenaga sepanjang masa.

Advertisement