4 Perkara Yang Sering Membunuh Nafsu Seks Seseorang Lelaki


- 22 Dec 16
View 2,961 : Today 1

Kebanyakan lelaki dewasa akan mengalami fasa di mana mereka akan mula berasa bosan untuk melakukan seks dan jarang sekali berkeinginan untuk berhubungan intim bersama isteri mereka.

Tentu ramai yang risau jika perkara ini terjadi kepada anda bukan? Tapi adakah anda tahu apa yang menyebabkan ia terjadi kerana bukan keseluruhannya salah anda berdua.

Kita akan bongkarkan apakah dia masalah-masalah yang sering mengganggu malah membunuh nafsu seks kebanyakan lelaki.

Advertisement

1. Tekanan Dalam Hidup

Kebanyakan lelaki melakukan perkara dengan baik walaupun ketika berada di dalam keadaan yang tertekan namun berasa seksi bukanlah salah satu darinya.

Tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira tahap umur dan mempelajari cara untuk menanganinya boleh membantu kehidupan seks anda.

2. Masalah Pasangan

Konflik bersama pasangan merupakan salah satu daripada sebab utama nafsu seks anda terganggu kerana bagi wanita, selalu dekat bersama adalah satu bentuk keintiman.

Berhati-hati jika terdapat masalah komunikasi, kepercayaan dan isu kecurangan antara pasangan kerana memang sukar untuk kembali mesra semula namun sedikit usaha boleh membantu perhubungan anda untuk menjadi lebih baik.

3. Ketagihan Alkohol

Sedikit alkohol mungkin boleh menjadikan anda bersikap lebih terbuka mengenai seks namun jika terlalu banyak ia boleh memudaratkan kehidupan seks anda pula.

Lelaki yang mabuk bukanlah kegemaran setiap wanita di luar sana, apatah lagi isteri anda yang sudah hidup berkurun dengan anda – jika mengalami masalah ketagihan maka anda perlukan bantuan doktor.

4. Tidur Terlalu Lewat

Kekurangan tidur yang mencukupi juga boleh membunuh nafsu seks anda kerana anda berasa penat dan lesu untuk melayan kehendak pasangan anda ketika di atas katil.

Apa-apa yang boleh mengganggu tidur anda di malam hari juga boleh mengganggu kehidupan seks anda secara tidak langsung oleh itu buangkannya dari kehidupan anda.

Advertisement