4 Kesalahan Seks Yang Lelaki Kerap Lakukan Bila Bersama Pasangan


- 22 Dec 16
View 4,739 : Today 1

Harap kaum lelaki janganlah ambil hati dengan pendapat ini namun rata-rata kebanyakan kaum lelaki gemar mengambil mudah tentang perkara-perkara berkaitan hubungan bilik tidur.

Perubahan cara pemikiran anda dalam menangani kehidupan seks anda boleh sedikit sebanyak membantu untuk merapatkan keintiman anda bersama – benar setiap rumahtangga itu ada pasang dan surutnya.

Tapi di sini kita akan membincangkan 4 kesilapan yang sering dipandang remeh oleh lelaki di luar sana mengenai seks.

Advertisement

1. Seks Bermula Di Bilik Tidur

Wanita ini sukar untuk diransangkan berbanding kaum lelaki yang ternyata begitu mudah teransang. Kalau hendak mengharapkan hubungan seks anda di bilik tidur – ia tidak akan selalunya menjadi.

Mulakan dengan melakukan aktiviti bersama seperti keluar bersiar-siar atau menaiki roller-coaster bersama – atau pergi bersenam bersama kerana kedua-dua aktiviti itu mudah untuk menaikkan nafsu mereka.

2. Menganggap Anda Tahu Kemahuannya

Begitu banyak wanita yang berpura-pura mengalami kemuncak seksual dan anda tentu tidak mengetahuinya dan menganggap bahawa isteri anda sedang menikmatinya.

Jangan malu untuk bertanya kepada isteri anda jika dia menyukai apa yang anda lakukan terhadapnya. Minta pendapat isteri anda untuk memberikan kenikmatan yang si dia sukai.

3. Hanya Mengikut Perancangan Anda

Jika 3 kali sebelumnya perlakuan seksual anda kepada pasangan boleh memberikan hasil – langkah yang sama mungkin gagal untuk memuaskannya pada 3 kali yang berikutnya.

Apa yang menaikkan keghairahan isteri anda mungkin bergantung kepada mood, kemungkinan ketika ini puting dada miliknya lebih sensitif berbanding bahagian kelentitnya.

4. Jadikan Ia Sepenuhnya Bersifat Fizikal

Kembangkan kreativiti anda ketika sesi ‘foreplay’ kerana kadangkala kita sebagai lelaki terlalu fokus kepada stimulasi fizikal hingga kita terlupa pada stimulasi minda pasangan.

Wanita ini lebih kuat imaginasinya ketika berhubungan seks berbanding lelaki yang mudah naik ghairah dengan apa yang mereka nampak – kongsilah fantasi seks anda bersama untuk mengghairahkan isteri anda.

Advertisement